Viral Cinta

[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

Sharing is caring!

Setiap hubungan cinta yang dibina pasti mahu diakhiri dengan ikatan perkahwinan kan? Malah detik indah itu semestinya mahu dikongsi sekali bersama keluarga kedua-dua belah pihak terutamanya ibu dan ayah. Namun hakikatnya tak semua yang bernasib baik untuk merasai pengalaman sebegitu ketika majlis kahwin masing-masing seperti yang dialami pengantin di Indonesia baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Nangis Di Majlis Kahwin Ex-Girlfriend, Siap Dipujuk Ibu Pengantin Lagi

Menangis sampai tak cukup nafas…Pengantin terpaksa ditenangkan orang sekeliling

Menerusi sebuah video yang menjadi perhatian ramai di TikTok, seorang pengantin wanita gagal menahan sebak ketika majlis perkahwinannya sedang berlangsung. Gara-gara terlampau beremosi dan menangis hinggakan tak cukup nafas, dia malah terpaksa ditenangkan oleh beberapa individu rapat.


[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

Ibu cuma datang sekejap ke majlis…Terpaksa balik sebab adik tak sihat

Difahamkan punca pengantin tersebut jadi begitu kerana ibunya hanya sempat hadir sekejap ke majlis resepsi berkenaan sebelum pulang awal kerana mahu jaga adiknya yang tidak sihat. Sebelum itu, ibunya juga langsung tak datang menyaksikan detik pernikahannya atas alasan yang sama.

@oviefari

#fyp #fypindonesia

♬ Bunda – Potret

Pernah alami nasib serupa…Untung sebab masih lagi ada ibu

Sambil menyatakan pernah berdepan situasi sukar itu, namun netizen tetap menyatakan pengantin wanita itu masih bertuah kerana sekurang-kurangnya si ibu masih hidup lagi. Paparan video berikut telah meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

[VIDEO] Pengantin Menangis Teruk, Kecewa Ibu Tak Sempat Lihatnya Naik Pelamin

Sumber: TikTok oviefari


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini