Nama Dr Sheikh Muszaphar Syukor sudah tidak asing lagi di kalangan ramai apabila menjadi rakyat Malaysia yang pertama menjejakkan kaki ke bulan. Beliau yang telah berkahwin dengan Dr Halina telah dikurniakan dua orang anak perempuan dan sepasang kembar lelaki. Keluarga ini sering menjadi perhatian tentang cara suami isteri ini mendidik anak-anaknya.
BACA: Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Ajar si kembar untuk meminta izin secara baik jika inginkan sesuatu
Terbaru menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, angkasawan negara ini merakam aktiviti biasa beliau menemani kedua-dua anak kembarnya makan bersama. Namun, apa yang menarik perhatian adalah beliau dilihat mengajar anak lelakinya itu untuk meminta izin dengan baik jika menginginkan sesuatu benda.
Sarankan ibu bapa kekalkan komunikasi dua hala yang baik dengan anak-anak
Si kecil yang bernama Adam dan Noah itu dilihat makan dengan penuh tertib. Menurutnya lagi, beliau akui membesarkan anak bukanlah proses yang mudah namun ibu bapa perlulah komited dalam mengekalkan komunikasi dua hala bersama mereka. Mungkin ada kalanya anak-anak ingin membuat keputusan sendiri tetapi sebagai orang tua, jelaskan kepada mereka apa yang baik dan buruk.
Alah comelnya, suka tengok cara doktor bercakap dengan anak-anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan kedua-dua beradik kembar itu. Mereka turut memuji cara Dr Sheikh Muszaphar bercakap secara lemah lembut dengan anak-anaknya itu namun masih ada nada ketegasan.
Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura