[VIDEO] Penyampai Radio ERA Buat #BottleCapChallenge Tapi Ray Paling Power!

Bagi pengguna media sosial pasti sedar bahawa pelbagai cabaran yang dilakukan termasuklah #janganbayarchallenge, #woahchallenge, dan macam-macam lagi. Cabaran ini sebenarnya adalah untuk mencabar seseorang itu dan siapa yang berjaya melakukannya dikira sebagai pemenang. Terbaru, barisan penyampai radio Era termasuklah JoHaRa, Fad Bocey, Radin, dan Danial Zain telah melakukan #BottleCapChallenge yang sedang popular di seluruh dunia.

BACA :Β β€œAdab Entah Di Mana” – Main Game Dalam Masjid, Gadis-Gadis Ini Ditegur Netizen!

Johan

View this post on Instagram

Johan @jozlynnhanania kata dia tak minat @jasonstatham. So dia buat style Jet Li ! Wowwww ! Amazing lah Johan πŸ˜‚ #BottleCapChallenge #Trending

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Danial Zain

Radin

 

Dalam cabaran ini, mereka perlu membuka penutup botol tersebut dengan menggunakan kaki secara tendangan sehingga penutupnya berpusing dan terbuka persis aksi seorang stuntman. Ia dilakukan secara pergerakan perlahan pada kamera seperti yang dilakukan oleh artis antarabangsa iaitu Jason Statham dan John Mayer dalam laman IG masing-masing lalu menjadi ikutan di segenap media sosial.

Fad Bocey

Haniff Hamzah

Walau bagaimanapun, kesemua penyampai radio ini berjaya melakukannya namun semasa giliran Ray untuk sahut cabaran ini pula telah mencuri tumpuan ramai. Macam manalah tak jadi perhatian netizen, Ray memiliki badan yang besar tapi dia mampu melakukannya dengan penuh semangat mengalahkan semua orang.

Lagi padu dari Haniff sebab nampak cap tu berpusing

Para netizen yang melihat aksi Ray itu ternyata berasa kagum lalu membanjiri komen mereka di laman Instagram stesen radio terkenal itu. Ada juga rata-rata netizen turut mengagumi aksi berani Ray itu kerana dia lebih power dan sempurna daripada rakan-rakan sekerjanya yang lain terutama sekali Haniff Hamzah. Malah, tindakan dia yang menarik pinggang seluar naik ke atas sebelum mula melakukan cabaran Bottle Cap Challenge itu turut menarik perhatian ramai kerana terhibur melihat gelagat spontannya itu.

Sumber : IG era.je

Apa Komen Anda?