[VIDEO] “Pergi Tukar!”-Baju Sedondon Masa Raya, Lihat Reaksi Lucu FBI & FAFAU

Meniti ke minggu-minggu akhir Hari Raya Aidilfitri, masih ada lagi yang giat menganjurkan majlis rumah terbuka. Seperti semalam, Faizal Ismail dan Fara Fauzana merupakan antara tetamu yang hadir ke Majlis Aidilfitri Kementer1an Pembangunan Wanita. Namun begitu, pertemuan di pintu masuk majlis tersebut mula mencuit hati ramai apabila Fara Fauzana memakai baju yang sedondon dengan BFF-nya itu.

Baca : Konon Promosi Filem, Tapi Baju Banduan Wak Doyok Dikritik Tak Masuk Akal!

Dalam video tersebut, kita dapat melihat Fara Fauzana terkesima kerana memakai baju kurung berona unggu sama seperti baju Melayu Faizal Ismail. Lebih lucu lagi, mereka berdua juga berseloroh sesama sendiri agar pulang ke rumah bagi menukar baju lain. Biasalah, kadang-kadang tak senang duduk bila terpakai baju lebih kurang sama ketika pergi event macam ni!

Sudah mengenali sesama sendiri selama lebih kurang 20 tahun, kata Fara Fauzana ini bukanlah pertama kali mereka terpakai baju berona sodondon. Selepas melihat video pertemuan sahabat ini, netizen juga merasa terhibur dan menyifatkan chemistry mereka begitu kuat sekali. Ada juga yang menyuarakan rasa rindu untuk melihat gandingan mereka semula.

Memang takkan boleh elak sis…Dari dulu sampai sekarang sehati sejiwa

Ni mesti Faizal tiru…Semua benda salahkan je dia

Kalau ada jenis kawan yang rapat giIa, memang akan terjadi benda macam ni

Sumber : Instagram Fara Fauzana

Apa Komen Anda?