Belum habis berduka mengenai pemergian Abam dahulu, Nor Hidayah Mohd Ali pernah diuji dengan isu faraid pula. Ketika itu, satu Malaysia mengikuti setiap perkembangan terbaru termasuklah dakwaan bahawa kereta milik mereka dikawal oleh keluarga sebelah sana. Hinggakan bila Hamzah demam, dia terpaksa menggunakan khidmat e-hailing untuk pergi ke pusat rawatan. Akan tetapi, khabar itu kemudian dinafikan dan Hidayah juga enggan komen secara berlebihan.
BACA : Tak Pernah Hebah Aib Keluarga, Ali Puteh Minta Hidayah Hadir Bagi Urusan Faraid
Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anak dia
Kemenangan Hidayah dalam isu faraid Februari lalu turut diraikan oleh ramai netizen. Namun sesekali apabila dia berkongsikan video kenangan di media sosial, pastinya terdetik rasa sedih dan rindu kepada sosok pelawak terkenal itu. Ini termasuklah perkongsian rakaman terbaru semalam di mana wanita itu secara tidak sengaja berselisih dengan kereta lama mereka di atas jalan raya besar.
@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty
Hanya saya seorang dapat buka email Allahyarham & tahu pasal kereta kena lelong
Dalam pada itu, komen daripada seorang individu bernama Thira Jono di ruangan komen video Hidayah turut menarik perhatian ramai. Difahamkan, berlaku juga isu-isu lelongan kereta dan hal lain yang cukup membuatkan Hidayah merasa sangat sedih ketika itu.
Takpe sis, doa orang yang teraniaya selalu termakbul…Allah ganti dengan yang lebih baik
Melalui ruangan komen, ribuan netizen memberikan kata semangat agar Hidayah terus kuat khususnya dalam membesarkan Hamzah buat masa sekarang. Sejak dimuat naik semalam, rakaman pendek itu berjaya meraih lebih 2.3 juta tontonan.
Kredit : TikTok Hidayah Hamzah
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Pernah Dilelong? Hidayah Sedih Ternampak Kereta Lama Abam Atas Jalan](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)