[VIDEO] Persediaan Ironman, Alif Satar Dipuji Tak Lupa Bawa Kain Pelikat Sekali

Seperti yang kita semua sedia maklum, penyanyi Alif Satar mencetak nama sekalu salah seorang peserta yang berjaya menamatkan ‘Ironman Langkawi 2019’ baru-baru ini. Terdahulu, dia turut meluahkan rasa bangga kerana melakar rekod tersendiri apabila berjaya menawan acara sukan lasak itu dalam tempoh 15 jam 5 minit dan sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal serta 42 km berlari. Malah, ini merupakan percubaan kali kedua dirinya dalam cabaran terbabit.

BACA: Ditanya Macam Mana Solat Kalau 15 Jam Redah ‘Ironman’, Ini Balas Alif Satar

Isu solat kat mana?

Sebelum ini juga, hos program realiti ‘Big Stage’ ini pernah diajukan soalan netizen berkaitan isu solat di ruangan komen Instagram memandangkan acara tersebut biasanya berlangsung lebih dari setengah hari. Ujarnya, pihak penganjur amat peka dengan kewajipan para atlet yang beragama Islam dan telah menyediakan kawasan khas bagi tujuan tersebut.

Race, race juga…tapi esok ‘Dia’ tak tanya finish ke Ironman tu?”

Terbaru, satu video yang menampilkan artis berusia 29 tahun itu melakukan persediaan terakhir menjelang Ironman sedang tular di laman sosial Twitter. Menerusi paparan tersebut, dia ada menerangkan secara terperinci bilakah dia mahu menunaikan solat secara jamak sepanjang terbabit dalam cabaran tersebut sambil memasukkan sehelai kain pelikat ke dalam race kit miliknya. 

Sebak part ni…tetap tak lupa kewajipan dia

Walaupun nasihatnya ringkas sahaja, namun sudah cukup memadai untuk memberi motivasi kepada sesiapa yang menontonnya. Menjengah ke ruangan komen di YouTube rasminya pula, rata-rata netizen memuji peribadi pelantun lagu ‘I Want You To Love Me‘ ini. Selain memberikan inspirasi dalam sukan lasak seperti itu, malah kata-kata ‘deep‘ itu sesuai untuk segenap kehidupan masyarakat juga.

Sumber: Twitter amenmustaffa, YouTube & IG alifsatar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?