Inspirasi Hiburan

[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

Sharing is caring!

Bagi yang sering mengikuti laman Instagram pemilik nama sebenar Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau Eina Azman, pasti sudah terbiasa dengan lunak suara serta tagline ‘It’s Done’ daripada wanita ini. Malah tagline tersebut seakan menjadi satu fenomena apabila ramai wanita dilihat semakin tertarik untuk ke dapur.

BACA: [VIDEO] Petah Baca Surah & Doa, Tapi Ramai Puji Kecantikan Anak DP Eina Azman

Giliran anak pula curi tumpuan di dapur..

Jika sebelum ini pelakon tersebut sering dilihat berkongsi resepi dan video memasak di laman Instagram, kali ini tiba pula giliran anak kembarnya iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey mencuri tumpuan ramai dengan keletah mereka di dapur. Video masakan dua beradik berusia 4 tahun itu telah di muat naik semalam sehingga meraih lebih 200 ribu tontonan setakat ini.


[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

Sempat juga masukkan tagline ‘It’s done’ dalam video

Menerusi klip berdurasi 58 saat itu, Karl dan Aubrey dilihat menyediakan pencuci mulut iaitu chocolate rice crispy bersama. Malah gandingan hebat mereka berdua mencuri tumpuan tatkala menggayakan tangan yang persis seperti ibunya. Tidak ketinggalan, tagline ‘It’s done’ yang sering digunakan ibu mereka turut diucapkan pada akhir video masakan tersebut.

[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

Idea menarik dengan anak-anak..

Menjengah ke ruangan komen pula, pastinya rata-rata netizen memuji aksi comel serta kepetahan si cilik ini bertutur. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang bersetuju bahawa ini adalah cara terbaik mendidik anak-anak sambil mengisi masa lapang sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.


[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan [VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan [VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan [VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

Sumber: Instagram eina_azman


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Persis DP Eina Azman, Aksi Anak Kembarnya Di Dapur Pula Curi Tumpuan

Sharing is caring!