Hiburan

[VIDEO] Pertama Kali Dalam Sejarah, GV 2019 Nobatkan 2 Orang Juara

[VIDEO] Pertama Kali Dalam Sejarah, GV 2019 Nobatkan 2 Orang Juara

Sharing is caring!

Setelah hampir 3 bulan menghiburkan rakyat Malaysia, akhirnya program nyanyian realiti Gegar Vaganza musim yang ke-6 atau GV 2019 telah pun melabuhkan tirainya. Meskipun bermacam kontroversi telah hangat melanda sepanjang musim GV setakat ini, namun ia tidak sesekali menjejaskan prestasi keenam-enam finalis untuk memberikan persembahan terbaik. Siapa sangka malam ini menyaksikan sejarah tercipta lagi di pentas final.

BACA: [VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Sejarah tercipta…2 juara GV 2019


Naqiu dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara GV 2019 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam sebentar tadi. Meskipun tempat naib johan tiada, hal ini sekali gus menyaksikan kedua-dua bintang tersebut berjaya menumpaskan 4 bintang lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100 ribu.

Finalis lain bagi saingan kuat

Tempat ketiga pula diberikan kepada penyanyi lagenda iaitu Jatt Ali yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000. Manakala tempat keempat diraih penyanyi yang berkelana di Australia, Nurfatima membawa pulang RM20,000. Meskipun berada pada kedudukan kelima dan keenam, One Nation Emcees dan Sham Visa tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000.


Musim GV yang paling lama setakat ini

Buat pertama kali dalam sejarah pertandingan ini juga, pihak produksi Gegar Vaganza telah memanjangkan tempoh program daripada 8 minggu kepada 11 minggu pada tahun ini. Pentas akhir GV 2019 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan seniwati terkenal Indonesia iaitu Hetty Koes Endang. Manakala juri jemputan pula adalah Datuk Rizalman. Program realiti tersebut juga dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sumber: IG officialriax & Astro Gempak


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!