Viral

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

Sharing is caring!

Sudah menjadi lumrah dalam sebuah keluarga, pasti akan ada sahaja yang kuat menyakat. Kalau bukan ibu bapa, mesti si abang atau kakak yang mengusik adik masing-masing. Itu jugalah yang berlaku dalam potongan klip video yang tular di laman Twitter semalam apabila kanak-kanak lelaki ini diusik oleh kakaknya iaitu Nadine Abdallah.

BACA : Anak Sawan Ketika Buka Puasa, Bila Masuk ICU Doktor Gagal Selamatkan Sebab...


Prank buka puasa depan adik..

Sudah menjadi lumrah seorang wanita diberi keistimewaan khusus oleh Allah SWT iaitu waktu ‘rehat’ daripada berpuasa. Menerusi rakaman video berdurasi kurang daripada seminit tersebut, Nadine mengambil kesempatan itu untuk melakukan prank dengan meneguk air di hadapan adiknya.

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

 

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

Perut awak okay ke?

Apa yang menghiburkan adalah reaksi terkejut kanak-kanak berkenaan bseakan-akan tidak percaya dengan tindakan kakaknya. Mengenangkan perbuatan makan dan minum di siang hari ketika di bulan puasa itu salah, dia kemudiannya mengadu hal itu kepada ayahnya. Malah kanak-kanak lelaki itu turut bertanyakan samada perut kakaknya dalam keadaan baik.


[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

Cara dia persoalkan & mengadu ke ayah tu kelakar..

Gara-gara respon spontan serta sifat naif adiknya, Nadine akhirnya gagal menahan ketawa. Bagaimanapun, Nadine menjelaskan tindakan itu dilakukan  secara suka-suka kerana dia mahu melihat sendiri reaksi adiknya yang tidak mengerti hal wanita. Dikongsi sejak semalam, posting tersebut berjaya meraih lebih 400 ribu tontonan setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu.

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa [VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Perut Awak Ok Ke?” – Adik Ternganga Kakak Selamba Teguk Air Masa Puasa

Sharing is caring!