[VIDEO] Petah Baca Surah & Doa, Tapi Ramai Puji Kecantikan Anak DP Eina Azman!

Nama Datin Paduka Eina Azman tidak perlu diperkenalkan lagi. Selepas berkahwin, beliau terus sibuk menguruskan rumah tangganya. Tidak ketinggalan, semakin ramai yang suka melewati ruangan Instagramnya dek kerana pelbagai video resipi masakan yang kerap dikongsikan. Terbaru, dia telah memuat naik video anak gadisnya iaitu Arianna Aubrey yang petah membacakan doa, surah dan juga zikir sebelum masuk tidur. Namun sesuatu telah menarik perhatian netizen.

Baca : [VIDEO] Tengok Mulut Dia Ramai Geram Tengok Aaisyah Baca Surah Al-Fatihah

Video yang dikongsikan itu telah meraih sebanyak 266,000 tontonan setakat ini.

Selamat malam Aubrey…

View this post on Instagram

Goodnight ūüíč @aubreykarl

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Dalam video berkenaan, Aubrey sudah mahu melelapkan mata. Tetapi, Datin Eina Azman menyuruhnya membaca Surah Al-Ikhlas, doa untuk ibu bapa dan zikir penenang hati terlebih dahulu. Walaupun umurnya masih muda, dia tetap mampu membacakan ketiga-tiganya dengan baik.

Oleh yang demikian, ramai yang memuji kepintaran Aubrey meskipun bacaannya masih kedengaran pelat. Tidak ketinggalan, ada juga mata-mata yang menumpukan perhatian kepada kecantikan wajah anak kecil ini. 

Makin besar makin cantiklah budak ni…

Cantiknya Aubrey ni…Bijaknya dia…

Alahai comel sangat ni…Macam omputeh ngaji

Sumber : Instagram Eina Azman

Apa Komen Anda?