Viral

[VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari

[VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari

Sharing is caring!

Prank atau rancangan untuk mengusik orang lain dengan penipuan sudah dianggap sebagai satu bentuk hiburan dalam kalangan pengguna media sosial pada masa kini. Selain dapat melihat reaksi spontan pihak yang menjadi sasaran tersebut, trend ini juga nyata menghiburkan ramai netizen.

BACA : [VIDEO] Anak Buat Prank Lidah Terpacak Garfu, Reaksi Ibu Gabra Pula Win Habis


Suami buat hal prank Maryam minta pegang telur ayam..

Terbaharu, sebuah rakaman video memaparkan gelagat lucu seorang wanita mualaf disakat suaminya telah menarik perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Nik Muhammad Ryzal telah melakukan prank dengan meminta isterinya membuka peti sejuk dan meminta untuk menutup rapat matanya. Awalnya, isteri kepada bekas wartawan itu kelihatan begitu excited mengikut segala arahan suaminya.

[VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari

 

[VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari

Alamak tak jadi nak prank.. tinggi pula dia

Tanpa disangka, Maryam diminta untuk memegang sudu yang berisi sebiji telur ayam mentah sebelum dibiarkan struggle sendirian di peti sejuk berkenaan. Menyedari dirinya telah dipermainkan, wanita berusia 28 tahun itu dengan selambanya mengangkat telur tersebut hingga ke atas peti sejuk berkenaan sebelum menyambut ia dengan tangan. Apa yang melucukan apabila Ryzal mencicit lari gara-gara dikejar Maryam yang bengang dengannya.


[VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari

Mencicit lari suami kena kejar.. aku pula yang ketap bibir tahan geram

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan usikan Ryzal terhadap isterinya itu. Tidak kurang juga yang memuji gelagat nakal Ryzal kerana bersungguh-sungguh mahu menyakat Maryam sehinggakan diri sendiri ‘terciduk’ dengan ketinggian wanita itu.

[VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari [VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari [VIDEO] Prank Isteri Korea Pegang Telur, Suami ‘Terciduk’ Sampai Mencicit Lari

Sumber : Instagram ryzalibrhm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!