Viral

[VIDEO] Prank Minta Restu Nak Nikah Neelofa, Tak Sangka Ini Respon Mak Usop

[VIDEO] Prank Minta Restu Nak Nikah Neelofa, Tak Sangka Ini Respon Mak Usop

Sharing is caring!

Apabila anak tiba-tiba suarakan hasrat mengenai pernikahan, ibu bapa mana yang tidak pelik dengan permintaan itu. Lebih-lebih lagi jika si anak dengan tidak semena-menanya membuat keputusan itu tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu. Itulah yang dirasai oleh ibu penyanyi Usop dalam sebuah rancangan hiburan baru-baru ini.

BACA : Halau Bini Masa Akad Nikah Macam Khuzairi, Muncul Penyanyi Tak Diundang Pula


[VIDEO] Prank Minta Restu Nak Nikah Neelofa, Tak Sangka Ini Respon Mak Usop

Usop prank nak keluar Big Stage siap luah nak kahwin dengan Neelofa lagi..

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim bersama hos Trek Selebriti iaitu Alif Farhan dilihat sempat melakukan prank terhadap ibunya. Pada awalnya, penyanyi berusia 23 tahun itu dilihat seperti agak teruja menyatakan menyatakan hasratnya untuk keluar dari program ‘Big Stage 2020‘ dan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Terkejut dengan berita itu, Usop merancakkan lagi permainan dengan mendedahkan bakal isterinya adalah Neelofa.

[VIDEO] Prank Minta Restu Nak Nikah Neelofa, Tak Sangka Ini Respon Mak Usop

[VIDEO] Prank Minta Restu Nak Nikah Neelofa, Tak Sangka Ini Respon Mak Usop

Hang ni gatai pa dik. Siapa? Neelofa? Toksah dok beranganlah, jauh panggang dari api..

Sejurus menyedari dirinya telah dipermainkan, dia sempat membebel kepada pelantun lagu ‘Selamanya’ yang begitu ‘galak’ mengusiknya. Selain sempat menyedarkan anaknya mengenai status mereka. Tegas si ibu lagi, dia tidak bersetuju apalagi anaknya langsung tidak berbincang dan berani membuat keputusan secara melulu. Meraih hampir 200 ribu tontonan, rata-rata netizen nyata terhibur dengan paparan video tersebut.


Sumber : Instagram aliffarhan_jr


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!