Hiburan

[VIDEO] PU Riz Bakal Jodoh Neelofa? Cetus Teka-Teki Sedondon Hadir Majlis Nikah

[VIDEO] PU Riz Bakal Jodoh Neelofa? Cetus Teka-Teki Sedondon Hadir Majlis Nikah

Sharing is caring!

Walaupun ada beberapa nama dikaitkan sebagai calon jodohnya sepanjang bergelar ikon dan selebriti terkenal, namun Neelofa sebelum ini pernah mengulas bahawa dia tidak akan berkongsi perkara tersebut selagi belum ada kepastian. Malah dia turut berharap orang ramai boleh doakan supaya bertemu dengan individu yang terbaik bagi dirinya dan keluarga. Namun baru-baru ini, gosip tersebut timbul semula apabila kelibat PU Riz mencuri tumpuan hadir ke majlis perkahwinan keluarga usahawan terkemuka berkenaan.

BACA: Diusik Cinta Berputik Kembali Dengan Hans Isaac, Neelofa Tampil Beri Penjelasan

PU Riz curi tumpuan di majlis nikah adik Neelofa…siap pakai baju sedondon dengan keluarga

Malah, kecoh di laman Twitter sejak semalam bahawa wujudnya hubungan istimewa antara mereka berdua susulan beberapa gambar dan video yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa di laman Instagram masing-masing. Pendakwah bebas berusia 25 tahun itu bukan sahaja mengetuai bacaan doa sempena majlis pernikahan Aqief (adik lelaki Neelofa), bahkan ramai turut berseloroh bahawa sedondon dengan bekas pengacara MeleTOP itu kerana tampil memakai berbaju melayu warna ‘baby blue‘.


Kalau cuma kawan rapat Datuk Hans Isaac pun sama juga…mesti ada sebab lain, semoga ke jinjang pelamin

Terdahulu, hubungan antara mereka dikatakan rapat sejak Ramadan lalu apabila PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris sering menjadi imam solat terawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa. Dalam pada itu, rata-rata peminat juga seolah-olah merestui hubungan tersebut jika benar Neelofa sedang bercinta dengan pendakwah tersebut.

[VIDEO] PU Riz Bakal Jodoh Neelofa? Cetus Teka-Teki Sedondon Hadir Majlis Nikah

[VIDEO] PU Riz Bakal Jodoh Neelofa? Cetus Teka-Teki Sedondon Hadir Majlis Nikah


[VIDEO] PU Riz Bakal Jodoh Neelofa? Cetus Teka-Teki Sedondon Hadir Majlis Nikah

[VIDEO] PU Riz Bakal Jodoh Neelofa? Cetus Teka-Teki Sedondon Hadir Majlis Nikah

Sumber: IG lofa.page & Twitter jannahknayni


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini