[VIDEO] Pujuk Kawan ‘Broken’- Selain Suara Lunak, Deko Bilik Turut Dipuji Ramai

Tidak dinafikan, kehilangan atau putus cinta dengan insan tersayang adalah fasa yang agak sukar dalam hidup. Dalam tidak sedar, perkara ini juga sebenarnya boleh menyebabkan gangguan emosi. Semua perkara yang mahu dilakukan serba tidak menjadi. Kata orang, makan tak kenyang, tidur tak lena serta langsung tidak bersemangat untuk meneruskan hidup. Namun inilah juga waktu yang kenalan terdekat bantu untuk melupakan segala kesedihan.

BACA: [VIDEO] Terharu Rakan Baik Suprise Datang Konvo, Menangis Lelaki Ini Dibuatnya

Gambar sekadar hiasan

Sedih tengok broken teruk…tapi terhibur tengok nyanyian live member

Advertisement

Walaupun sukar untuk melihat golongan lelaki mengalirkan air mata, namun lumrah sebagai manusia biasa pasti akan kecundang jua. Itulah nasib yang terjadi kepada seorang pemuda mesra dipanggil Sata ini apabila dia mengalami kekecewaan gara-gara putus cinta. Namun begitu, tindakan beberapa rakan baiknya yang sanggup memujuk telah menjadi tular baru-baru ini.

Tak tahu nak gelak ke sedih

Jelas pengendali akaun Twitter bernama @NikkiZamri yang memuat naik rakaman video tersebut, dia bagaimanapun lebih tertarik dengan suara pemuda berbaju hitam itu. Di samping menyampaikan lagu ‘keramat’ daripada Andmesh, dia turut mendendangkan beberapa lagu sedih sesuai dengan mood hiba yang sedang dirasai Sata. Menariknya, cara itu dilihat agak berkesan apabila dia bangkit daripada terus hanyut dibuai emosi.

Advertisement

Advertisement

Dapat lelaki kemas & pembersih macam ni pun kena tinggal

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan dan 13 ribu retweets. Rata-rata netizen memuji kelunakan suara yang dialunkan oleh rakan kepada pemuda tersebut. Tidak ketinggalan, mereka turut memuji aspek kebersihan dan kekemasan bilik para pelajar tersebut selain berharap agar Sata dipertemukan pengganti yang lebih baik kelak.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter NikkiZamri

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?