Viral cinta * perhubungan Kesihatan

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

Setelah mendapati isteri sukar hamil, seorang suami yang tiada ilmu mengenai isu kesuburan kerap bertindak untuk berkahwin lain ataupun terburu-buru hendak mengambil anak angkat. Walhal bagi menghadapi kemelut tersebut, doktor pakar sendiri selalu menyarankan agar pasangan segera mendapatkan pemeriksaan kesuburan supaya punca sebenar dapat dikenalpasti.

BACA : Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan

Ternyata air mani suami tiada langsung sperma, baru beberapa bulan kahwin

Lambat hamil tidak semestinya salah isteri. Tahukah anda mengenai masalah Azoospermia iaitu ketiadaan sperma di dalam air mani? Melalui perkongsian di TikTok Dr Mutmainah, beliau berkongsi kembali realiti dihadapi seorang wanita ini yang bersungguh-sungguh hendak menimang anak setelah bernikah. Tatkala dia mempunyai satu telur matang, harapannya untuk bergelar ibu dengan cepat punah apabila ujian mengesahkan air mani suaminya adalah 0% sperma.

@drnurulmutmainah2

Reply to @jintonklang Ujian orang lain-lain, yg pasti ada hikmah disebaliknya ❤

♬ Esok masih ada – Amsyarleee

@drnurulmutmainah2

Reply to @foodyum69 Akaun lama dah kena banned, akaun baru ni pun dah dapat warning 🥲 kami cuma check sample air mani, apa2 kami akan refer ke pakar sakit tuan ye

♬ original sound – DrNurulMutmainah (new acc) – DrNurulMutmainah2

Sperma cuma ada 3 juta sahaja padahal yang normal adalah melebihi 39 juta

Walaupun hal ini sukar diakui, namun begitulah realiti yang tidak ramai golongan suami mahu terima. Selain itu, Dr Mutmainah turut menjelaskan bahawa gaya hidup kurang sihat boleh menjadi punca yang menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.

@drnurulmutmainah2

Harap xde yang komen atuk, member, jiran merokok anak sedozen 🤭 effect rokok ni tak sama yer setiap org

♬ sonido original – Gmn_alexandra 9/3/22❤️

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma
Gambar sekadar hiasan

Suami saya pun macam ni…Dalam berjuta-juta cuma 2% je aktif…Jangan 1 hari dia minta anak pula

Menerusi ruangan komen, ramai netizen mula menyedari mengenai kepentingan menjalani ujian kesuburan yang sewajarnya dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Sementara itu, ada juga yang mendedahkan suami mereka lalui krisis yang sama.

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

Kredit : TikTok Dr Mutmainah2

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Punah Harapan Isteri Mahu Hamil, Ujian Kesuburan Sahkan Suami 0% Sperma

Facebook

Telegram

Kasut