Viral

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Bila Dikejar Owner, Gelagat Kambing Ini Bikin Dekah

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Bila Dikejar Owner, Gelagat Kambing Ini Bikin Dekah

Sharing is caring!

Setiap kali hari menjelang sambutan Aidiladha, lembu dan kambing sering dilanggan dari penternak untuk hari perayaan itu nanti. Selain di Malaysia, umat Islam di seluruh dunia pasti melakukan perkara yang sama sebagai persediaan Hari Raya Haji yang bakal tiba tak lama lagi. Namun hakikatnya bukan mudah untuk menguruskan haiwan-haiwan berkenaan, pelbagai ragam boleh terjadi sebagai dalam satu kejadian yang berlaku di luar negara ini.


BACA: Dah Panjat Tapi Tak Tahu Turun, Kucing Takut Ketinggian Enggan Lepas Kaki Orang

Boleh buat drama sampai macam tu sekali…pura-pura pengsan bila kena kejar

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 26 saat yang memaparkan gelagat seekor kambing yang panik apabila dikejar penternaknya. Ketika haiwan berwarna putih tersebut mahu ditangkap, ia secara tiba-tiba kambing bertindak seperti panik dan pura-pura pengsan sebanyak dua kali sepanjang rakaman berkenaan. Kejadian yang sangat mencuit hati malah membuatkan beberapa individu yang berada di sekitar kawasan kandang itu turut ketawa besar.


Mesti kambing ni lemah semangat…tak tahu lah nak kesian ke macam mana

Video yang dikongsikan kembali oleh pemilik akaun Twitter @leesasogood ini telah berjaya meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini. Selain terhibur dengan reaksi spontan haiwan terbabit, rata-rata netizen juga berseloroh bahawa kambing tersebut memang unik kerana ‘pandai berlakon’ demi memperdayakan orang yang mengejarnya.


[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Bila Dikejar Owner, Gelagat Kambing Ini Bikin Dekah

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Bila Dikejar Owner, Gelagat Kambing Ini Bikin Dekah

Sumber: Twitter leesasogood

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!