Viral Cinta

[VIDEO] Putus Cinta Sebab Tersuka Pada Lelaki Lain, Gadis Berusaha Nak Get Back

[VIDEO] Putus Cinta Sebab Tersuka Pada Lelaki Lain, Gadis Berusaha Nak Get Back

Sharing is caring!

Dalam setiap hubungan percintaan, tak semestinya ia akan berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Meskipun begitu, kadangkala hubungan boleh terjalin kembali asalkan masih ada perasaan sayang antara satu sama lain di samping berusaha untuk memperbaiki ketegangan tersebut. Barangkali, begitulah yang difikirkan oleh seorang gadis apabila mengalami episod putus cinta.

BACA: Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan


Break up sebab terjatuh hati pada lelaki lain

Menerusi aplikasi TikTok, Syaiedatul Aulia mengakui bahawa ketegangan hubungan mereka terjadi apabila dia terjatuh hati pada insan lain dan memberitahu teman lelakinya yang bernama Syahmie mengenai perasaan terbabit. Sejak itu, dia cuba memperbaiki semula hubungan mereka berdua namun Syahmie tetap tidak dapat mencintai gadis tersebut seperti dulu.

[VIDEO] Putus Cinta Sebab Tersuka Pada Lelaki Lain, Gadis Berusaha Nak Get Back

[VIDEO] Putus Cinta Sebab Tersuka Pada Lelaki Lain, Gadis Berusaha Nak Get Back

[VIDEO] Putus Cinta Sebab Tersuka Pada Lelaki Lain, Gadis Berusaha Nak Get Back

Buat hadiah hari lahir, siap sediakan kad QR code

Sempena hari lahir lelaki berkenaan, Aulia mula membuat satu set hadiah dengan membelikan sebuah topi dan kad beserta QR code yang berisi segala video mereka dahulu. Gadis berkenaan turut menulis sekeping surat mengandungi segala luahan isi hati yang terpendam buat lelaki itu. Dia juga berharap agar Syahmie boleh memaafkan dan hubungan mereka terjalin semula.


@syaiedatul.aulia

Happy birthday 🙂😔💔

♬ original sound – rana nat ranal – rana nat ranal

Datang ambil hadiah sendiri… akhirnya berjaya get back

Dalam video seterusnya, Syahmie ingin datang ke rumah untuk mengambil hadiah tersebut sendiri. Mengambil kesempatan itu, dia menghidangkan makanan kegemaran lelaki tersebut sebelum memberikan hadiahnya. Di hujung video berkenaan, Aulia lega kerana hubungan mereka kini semakin baik dan berharap dapat membatu orang ramai yang mempunyai masalah sama dengan perkongsiannya itu.

@syaiedatul.aulia

here an update, thankyou to ppl who motivates, giv advices and dont use bad words against me, i rlly appreciate tht 🥺 #fyp #relationship

♬ Surrender – Natalie Taylor

Sumber: TikTok syaiedatul.aulia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!