Family Inspirasi

[VIDEO] Raih Kembar Melalui IVF, Couple Ini Buat Kejutan & Hasilnya Sebak Habis

[VIDEO] Raih Kembar Melalui IVF, Couple Ini Buat Kejutan & Hasilnya Sebak Habis

Sharing is caring!

Apabila berbicara mengenai anak-anak, majoriti suami isteri mahu memiliki zuriat sendiri. Bukan mahu menolak konsep pengambilan anak angkat, tetapi pengalaman merasai tempoh kehamilan amat bermakna dalam setiap rumah tangga. Malah dengan kemajuan perubatan moden pada zaman kini, wanita yang mengalami masalah kesuburan juga boleh mendapatkan rawatan alternatif seperti proses persenyawaan in vitro (IVF).

BACA: [VIDEO] Fakta Kehamilan: Dr Imelda Dedah Air Ketuban Rupanya Air Kencing Janin

Dapat kembar sepasang menerusi IVF

Dengar macam mustahil, tapi hakikatnya memang betul. Sekitar pertengahan bulan Jun yang lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ruth Shrauner ini telah berjaya melahirkan sepasang bayi kembar yang berlainan jantina menerusi prosedur berkenaan. Keputusan untuk IVF telah disepakati oleh dirinya dan suami selepas bertahun-tahun menantikan rezeki anak dalam mahligai perkahwinan mereka.

[VIDEO] Raih Kembar Melalui IVF, Couple Ini Buat Kejutan & Hasilnya Sebak Habis


[VIDEO] Raih Kembar Melalui IVF, Couple Ini Buat Kejutan & Hasilnya Sebak Habis

Simpan rahsia selama 9 bulan…buat surprise kepada kenalan & ahli keluarga

Memandangkan fenomena itu jarang berlaku menerusi kaedah persenyawaan tersebut, mereka bercadang untuk merahsiakan bilangan janin dalam kandungan daripada semua orang. Namun apabila kedua-dua bayi yang diberi nama Jack dan Izzy ini selamat lahir ke dunia, kesemua ahli keluarga dan kenalan suami isteri ini telah menerima kejutan yang langsung tidak pernah terlintas di kepala mereka.

Sangat susah…tapi teruja lihat reaksi masing-masing


Menerusi kapsyen video asal di laman Instagram miliknya, jurulatih kesihatan wanita ini tidak menyembunyikan rasa teruja apabila dapat melihat reaksi semua orang gara-gara surprise tersebut. Dalam pada itu, Shrauner dan suami turut menyatakan rasa syukur kerana perjalanan kehamilannya berjalan sangat lancar dari tempoh awal hinggalah sah bergelar ibu bapa saat ini. Setakat ini, perkongsian tersebut sudah memperoleh lebih 36 ribu jumlah tontonan dan memberikan inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

[VIDEO] Raih Kembar Melalui IVF, Couple Ini Buat Kejutan & Hasilnya Sebak Habis

Sumber: FB Daily Mail Video & IG ruthshrauner


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Raih Kembar Melalui IVF, Couple Ini Buat Kejutan & Hasilnya Sebak Habis

Sharing is caring!