Viral

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

Memasuki tahun ketiga, konsert Lazada 11.11 Super Show tetap berlangsung dengan jayanya meskipun berada di dalam mood pematuhan PKPB. Ditayangkan secara langsung menerusi siaran TV3 pada semalam, selingan lakonan pendek beserta nyanyian daripada barisan selebriti tanah air juga menjadi tarikan utama penonton di rumah. Membawakan lagu berjudul ‘Pulang’, persembahan oleh AJ dan gandingan bersama 3 ahli K-Clique iaitu MK, Gnello dan Somean telah memperolehi jumlah tontonan tertinggi di YouTube rasmi stesen televisyen berkenaan.


BACA : Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Preparation Alhamdulillah semua okey dan lancar

Sempat ditemuramah oleh Ain Edruce di acara karpet merah, mereka menyifatkan segala persiapan untuk membuat persembahan pada malam tadi sudah dibuat dengan lancar. Dalam pada itu, pengacara wanita ini juga memuji fesyen dope yang dibawakan oleh 4 jejaka berkenaan.


Tiada iringan penari latar tapi persembahan tetap mantap

Keluar ke pentas utama secara selamba, mereka memulakan nyanyian lagu ‘Pulang’ dengan penuh feeling. Walaupun tidak diiringi oleh ramai penari latar seperti sesetengah persembahan artis lain, ia tidak sedikit pun mengurangkan aura 4 penyanyi ini. Menggandingkan unsur nyanyian biasa bersama sedikit rap, giliran MK K-Clique sudah tentu paling dinanti-nantikan ramai.


[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

Tersalah lirik “aku yakin aku mampu” jadi “kita semua pasti mampu”

Dalam pada itu, siapa menduga MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan telah tersilap lirik pada hujung-hujung nyanyian. “Aku yakin aku mampu” adalah lirik asalnya , namun dia mendendangkannya sebagai “Kita semua pasti mampu”. Tidak pasti adalah ia disengajakan atau tidak, namun kesilapan tersebut tidak membuatkan rapper ini kekok malah dia terus tenang sehingga tamat persembahan sekali gus meraih pujian netizen.

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

Sumber : YouTube TV3MALAYSIA official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Raih View Tertinggi, MK K-Clique Kantoi Silap Nyanyi Lirik Lagu Pulang?

Facebook

Telegram