[VIDEO] Raikan Member Kahwin, Kawan-kawan Siap Nyanyi Lagu & Buat Tarian Haka

Perkahwinan merupakan suatu upacara yang indah terutamanya bagi si raja sehari. Disambut dan diraikan keluarga serta rakan-rakan adalah saat-saat yang sungguh istimewa bagi kedua-dua mempelai. Semestinya segala memori pada hari berbahagia tersebut akan lebih diingati sekiranya ada adegan tertentu yang terjadi. Ini dapat dilihat daripada sebuah posting yang memaparkan seorang pengantin lelaki diraikan dengan meriah oleh para sahabatnya.

BACA: Batal Kahwin Sebab Lelaki Lain, Pemuda Berjaya Saman Bekas Tunang Lepas 3 Tahun

Pengantin diraikan oleh sahabat

Seorang pengguna Twitter bernama @hazimhalimmmm telah berkongsi sebuah video majlis perkahwinan di mana sekumpulan lelaki meraikan sahabat mereka yang sudah bergelar suami itu. Video yang dikongsikan pengguna tersebut telah membuatkan ramai terharu dan meraih lebih dari 10 ribu retweets setakat ini.

Advertisement

Nyanyi lagu & buat haka

Berdasarkan video yang dikongsikan, sahabat-sahabat kepada pengantin lelaki itu telah menyanyikan sebuah lagu dan menujukannya khas kepada mempelai tersebut. Menurut posting yang dikongsikan @warriors0711 di Twitter, mereka turut membuat tarian haka bersama-sama.

Tabik dengan friendship macam ni

Perkongsian itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang berasa kagum dengan persahabatan mereka. Rata-rata netizen merasa terharu melihat video tersebut dan turut meluahkan hasrat untuk memiliki rakan seperti mereka. Dalam pada itu, ada yang turut berkata muka si pengantin perempuan ada iras-iras selebriti Jihan Muse.

Advertisement

Sumber: Twitter hazimhalimmmm & warriors0711

Advertisement

Apa Komen Anda?