Isu Semasa Tips

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

Sharing is caring!

Tidak dinafikan lif merupakan antara kemudahan yang kerap digunakan sama ada untuk ke tempat kerja atau rumah di tengah bandar. Namun berikutan peningkatan gejala COVID-19, panel lif adalah antara objek yang paling berisiko memandangkan masyarakat sering menyentuhnya. Justeru itu, langkah pencegahan yang proaktif perlu dilakukan bagi menyekat penyebaran gejala melalui penggunaan lif.

BACA: Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom


Mark Adam dah tak risau nak masuk lif..

Di sebalik kegusaran tersebut, lain pula yang dilakukan pelawak dan penyanyi terkenal ini iaitu Mark Adam. Penyanyi kelahiran Filipina ini nyata mempunyai cara pencegahannya tersendiri yang dikongsikan bersama peminat melalui video di laman Instagram.

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

Kunci sebagai alat ampuh untuk tekan butang lif

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, Mark Adam telah menggunakan kunci untuk menekan punat di dalam lif ke sesuatu tingkat. Melalui cara ini, dia sekali gus tidak terlalu terdedah kepada risiko virus melalui permukaan punat lif. Tidak cukup dengan itu, penyanyi ini juga turut menunjukkan cara mensteril dengan membakar hujung kunci menggunakan pemetik api.


View this post on Instagram

Jaga Jaga Diri Semua 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

Cadangan guna sanitizer untuk mencuci

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan pelbagai reaksi selepas menonton video ini. Rupanya ramai juga selalu menggunakan cara seperti yang dilakukan Mark Adam terutama sekali apabila ke tempat kerja. Malah tak terlepas juga, ada yang turut mencadangkan supaya hand sanitizer digantikan untuk mensteril kunci tersebut.

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis [VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

Sumber: Instagram Mark Adam Official


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Rasa Takut Nak Masuk Lif, Rupanya Mark Adam Ada Cara Paling Win Habis

Sharing is caring!