Bangga Buat Video Rosakkan Roti Kedai Serbaneka, Siap Cakap ‘Haters Gonna Hate’

Sebuah video berdurasi satu minit yang tular di media sosial sejak malam tadi memaparkan tindakan sekumpulan remaja lelaki yang sengaja merosakkan makanan yang terdapat di rak sebuah kedai serbaneka di Nilai, Negeri Sembilan kini menjadi bualan hangat netizen. Dalm video itu, mereka dengan seronoknya bergelak ketawa sambil memicit dan menyepahkan susunan makanan yang terdapat di rak. Malah ada juga yang membuka dan meneguk sebotol air sebelum meletakkannya semula di tempat asal. 

BACA: Terima Berbakul Kecaman Di IG, Remaja Tindas Warga Emas Akhirnya Bagi Respon

Tidak lama selepas video itu tular, remaja ini tampil membuat video baru dan menjelaskan bahawa makanan yang dirosakkan itu semua telah dibeli. Mereka juga menyifatkan video itu dibuat sekadar suka-suka.

Apa yang aku buat semua tu aku dah belilah… ‘haters gonna hate’ 

Terkini melalui akaun Instagram remaja tersebut, dia telah memohon maaf atas perlakuan mereka dan akan bertanggungjawab untuk membayar balik segala kerugiannya yang dibuat. Di hujung video, dia juga sempat berjanji tidak akan membuat kesilapan itu lagi. 

Sayalah yang viral tu.. sekarang saya dah minta maaf kat pekerja dia

Susulan tindakan tidak bermoral mereka, pengurus premis tersebut telah membuat laporan poIis pada jam 11.20 malam selepas melihat rakaman CCTV yang memperlihatkan perbuatan nakal sekumpulan remaja itu sehingga premisnya mengalami kerugian RM30.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam hari yang sama.

PoIis kini giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut

Netizen rata-ratanya melemparkan kecaman terhadap sekumpulan remaja itu meskipun kenyataan permohonan maaf telah dibuat.

Lapar attention ke.. perangai tak semenggah

Lain kali buat benda tu fikir guna akal

Sumber: IG luqbubbles, Twitter adrielwhuut, Harian Metro

 

Apa Komen Anda?