Viral

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

Sharing is caring!

Virus korona semakin digeruni khususnya rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan dan sewaktu dengannya. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberi panduan buat pihak penganjur juga tetamu agar lebih berwaspada. 

BACA:[FOTO] Dari Zaman Bujang Sampai Timang Anak, Friendship 4 Wanita Masih Utuh

Nak pergi majlis ‘beradat’ pun ada cara

Baru-baru ini, pemilik akaun bernama @amymedusaa telah berkongsi cara selamat ‘adat merenjis’ pengantin dengan menukarkan air mawar kepada hand sanitizer. Menurutnya lagi, cara tersebut sangat sesuai digunakan ketika musim virus berjangkit ini bagi mengelakkan risiko antara kedua-dua belah pihak. Pemuda itu hanya menuangkan sedikit cecair pembasmi kuman di atas tapak tangan kedua mempelai sebagai tanda mengikut adat.

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai [VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

Musim virus berjangkit ni, elok tukar air mawar dengan hand sanitizer

Siapa sangka, cara lelaki ini meraikan mempelai di majlis perkahwinan kenalannya telah mendapat perhatian. Lebih menghiburkan, lelaki tersebut membuat gaya berjabat tangan tanpa menyentuh kawannya. Gaya lelaki itu meletakkan kedua-dua tangannya di dada dan menundukkan sedikit kepala membuatkan pengantin lelaki ketawa geli hati. 


Korang perasan tak, macam sufian la…

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diluah oleh netizen selepas menyaksikan video lelaki ini. Sehinggakan, ada yang mengubah lirik lagu disebabkan aksi yang ditonjolkan memalui video itu. Malah ada yang berseloroh mengatakan pengantin lelaki seakan-akan penyanyi terkenal Malaysia Sufian Suhaimi. Setakat ini, video tersebut telah mengumpul lebih 24 ribu retweets.

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

 


[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

Sumber: Facebook KKM , Twitter Amymadusaa


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Renjis Sanitizer Ganti Air Mawar, Aksi Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

Sharing is caring!