Viral

[Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak

[Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak

Sharing is caring!

Takdir yang berlaku ke atas hidup kita adalah ketentuan Tuhan. Tidak dinafikan pemergian insan tersayang terutamanya ibu bapa sememangnya memberikan kesan yang mendalam terhadap seseorang. Malah bagi mereka yang telah kehilangan insan istimewa ini ketika masih bayi pastinya memberi satu tamparan hebat buat orang sekeliling untuk berterus terang mengenai hal sebenar. Hal ini disebabkan sifat mereka masih naif dan terlalu kecil untuk memahami realiti tersebut.

BACA : Bapa Diuji Pemergian Bayi 9 Bulan, Caj Pengurusan Pula Melambung Tinggi


Anak datang ziarah sebab rindu ayah

Baru-baru ini tular, satu rakaman video berdurasi lebih seminit yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @Anne_mokhtar mengenai reaksi teruja seorang kanak-kanak ketika menziarahi pusara bapanya. Ujar Anne, abangnya pergi mengahadap Illahi sekitar 2018 sewaktu anak saudaranya menjangkau usia dua tahun.

Lina dah besar, tapi kenapa ayah tak keluar

Lebih menyentuh hati ramai apabila si cilik itu mengajukan satu soalan yang tidak pernah terlintas di fikiran daripada kanak-kanak seusia lima tahun. Kanak-kanak berkenaan menanyakan, mengapa bapanya tidak bangun untuk melihat kehadiran mereka. Malah dia turut bermonolog memberitahu bahawa dia sangat merindui bapanya. Selain itu, luahan kerinduan si kecil ini terhadap bapanya membuatkan si ibu gagal menahan air mata.


[Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak[Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak

Sedihnya, tiba-tiba mata masuk habuk

Setakat ini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta terkesan dengan luahan hati si kecil ini mengenai kehilangan bapanya. Malah ada antara mereka mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi seorang insan yang tabah serta berjaya suatu hari nanti.

[Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak [Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak[Video] “Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun..” – Luahan Si Kecil Undang Sebak

Sumber : Twitter Anne_mokhtar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini