Viral

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

Sharing is caring!

Bagi yang pernah tinggal di asrama, pastinya banyak kenangan dan pengalaman yang pastinya sukar untuk dilupakan. Mana tidaknya, masa inilah kita kenal dengan bermacam perangai manusia sama ada roommates ataupun rakan sekuliah yang kelakar serta menghiburkan.

BACA : [VIDEO] Tendang Bola Tepat Masuk Lori Laju, Member Pasrah Tergolek Atas Padang


Member asrama suka lepak ramai-ramai dalam gelap..

Terbaharu, perkongsian video daripada penggendali akaun Twitter bernama @Hasbieeeeee telah mendapat perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut, si perakam dilihat ingin mengejutkan rakan-rakannya yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik. Malangnya, perkara tersebut langsung tak dihiraukan sebaliknya mereka sambung tidur kembali.

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

 

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

Roommates aku takut cahaya.. Bukan main melalak macam perempuan

Gara-gara itu, dia terus menyelak langsir tingkap supaya cahaya luar dapat memasuki sekali gus membangunkan rakan-rakannya. Siapa sangka sebaik perkara itu dilakukannya, kesemua remaja berkenaan lantas teriak dengan kuat gara-gara terkena silau cahaya matahari.


Dah macam vampire, kenapalah pergi kacau? Baru nak syok mimpi alam kayangan..

Secara keseluruhannya, rakaman video tersebut meraih lebih 300 ribu tontonan dan 16 ribu retweets setakat ini. Di samping terhibur dengan gelagat remaja lelaki berkenaan, rata-rata mereka turut mengambil kesempatan berkongsi pengalaman yang sama. Tidak terkecuali juga yang berseloroh dengan mengaitkan gelagat sekumpulan remaja terbabit seakan-akan ‘vampire‘ kerana takut cahaya matahari.

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

[VIDEO] Roommate Serupa ‘Vampire’, Pantang Kena Cahaya Teriak Kalah Perempuan

Sumber : Twitter Hasbieeeeee


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!