Viral

[VIDEO] Sahut Cabaran Mengajar Dalam Kelas, Pelajar Ini Siap Ajuk Style Cikgu

[VIDEO] Sahut Cabaran Mengajar Dalam Kelas, Pelajar Ini Siap Ajuk Style Cikgu

Sharing is caring!

Nak mengajar atau menyampaikan sebarang informasi kepada orang lain bukanlah satu tugas yang mudah. Silap cara penyampaiannya, mungkin boleh menambahkan lagi kekusutan di benak fikiran. Hakikatnya, itulah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh insan bergelar pendidik apabila di hadapan pelajar lain. Namun pernahkah anda terbayang jika tugas ini dilakukan oleh pelajar sendiri? Pasti banyak gelagat yang berjaya mencuit hati.

BACA: Dari Sekolah Ke Pelamin, Guru Wanita Tak Sangka Berjodoh Dengan Pelajar Sendiri

Cabar student mengajar dalam kelas..

Baru-baru ini, seorang pengendali akaun Twitter bernama @omarfaayiz telah memuat naik sebuah video memaparkan gelagat anak muridnya yang sedang mengajar di dalam kelas. Memilih secara rawak, dia tak menyangka bahawa pelajar itu mampu menyampaikan pembelajaran dengan betul di hadapan pelajar yang lain. Dengan mempamerkan aksi ‘kira-kira’, gelagat pelajar berbaju biru itu disifatkan begitu comel sekali. 


Siap ajuk aku lagi. Manalah aku tak sayang mereka..

Menariknya lagi, pelajar itu sempat pula mengajuk cara guru berkenaan mengajar di dalam kelas. Dalam satu babak ini, dia kelihatan sengaja mengucapkan satu perkataan dengan tegas persis cara kebanyakan guru mengajar di sekolah. Malah boleh disaksikan bagaimana perkara itu telah mengundang rasa lucu sehingga mendapat sorakan gemuruh daripada rakan yang lain. 

Ada potensi nak jadi cikgu ni

Menjengah ke ruangan komen, gelagat pelajar itu nyata dibanjiri oleh pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya memuji pelajar berkenaan sambil menyifatkan ia adalah salah satu cara pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. Tidak kurang juga, sebahagian daripada mereka pula mendoakan agar pelajar itu boleh menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan setakat ini. 


[VIDEO] Sahut Cabaran Mengajar Dalam Kelas, Pelajar Ini Siap Ajuk Style Cikgu

[VIDEO] Sahut Cabaran Mengajar Dalam Kelas, Pelajar Ini Siap Ajuk Style Cikgu

[VIDEO] Sahut Cabaran Mengajar Dalam Kelas, Pelajar Ini Siap Ajuk Style Cikgu

 

Sumber: Twitter omarfaayiz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!