Tayangan ‘Sepahtu Reunion Live 2022’ malam tadi nampaknya mendapat sambutan hangat dengan kemunculan Nasha Aziz sebagai tetamu jemputan. Membawakan watak wanita cantik bernama Mona, siapa sangka dia bersembunyi di sebalik wajah polos walhal niatnya mendekati Datuk Khalid (Jep Sepahtu) sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.
BACA : Denyut Jantungku Berdebar Ernie Tapau Lagu Trending Di Sepahtu Reunion Live
Ayah macam jual anak pula..Mona tahulah Mona tak sekolah & tiada duit simpanan
Menjaga ayahnya, Hilal (Rahim Sepahtu) yang semakin tua, mereka tersepit dengan masalah kewangan akibat kerugian berjudi. Tiada pilihan lain, Mona akur menerima rancangan komplot untuk berkahwin dengan Datuk Khalid bagi membolot harta. Setelah berjumpa Mona, lelaki itu terpesona dan akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri. Walaupun awalnya berniat jahat, rasa cinta mula terbit di hati Mona setelah melihat kebaikan Khalid sebagai suami penyayang.
@_eykinnnjerr Awet muda betul nasha aziz ni #sepahtureunion #lawak #nashaaziz
@_eykinnnjerr Replying to @nikkiastri part 3… ulat bulu da naik daun😆😆😝😝#sepahtureunion #lawak #nashaaziz
Mona suka buat ‘line’ panas eh…Kalau Abang doakan lagi & suap Mona, pasti Mona akan sembuh
Salah satu babak paling menarik adalah ketika Mona kurang sihat dan mahu Khalid menyuapkan makan bubur. Sepanjang persembahan itu berlangsung, Nasha Aziz nampak begitu serius membawakan wataknya. Namun, chemistry yang terhasil bersama pelawak lain cukup menjadi sekali. Karakter sopan dan manja aktres menawan tersebut berjaya menambahkan warna dan cukup menghiburkan ramai penonton di studio live.
@ahmadanikhlasi
Artis jemputan macam ni best, bukannya mengilai tak tahan gelak…Nampak macam Nasha yang control show
Melalui ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur dengan lakonan Nasha Aziz sebagai Mona. Berbeza dengan artis lain yang kerap terlepas ketawa ketika live, keseriusan ditunjukkan olehnya meraih pujian ramai.
Kredit : TikTok Eykin, IG Zon Lawak, FB Sinar
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Saja ‘Pancing’ Jep Suapkan Bubur, Watak Manja Nasha Aziz Dipuji Netizen](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)