[VIDEO] Salam Dengan Guard Dulu, Sekolah Dipuji Berjaya Terapkan Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan tidak hanya bermula dari rumah, tapi juga di sekolah. Memandangkan anak-anak banyak menghabiskan masa di tempat berkenaan, mereka lebih cepat untuk belajar sesuatu yang baru di sana. Oleh sebab itu, sebuah sekolah di Sabah ini dipuji ramai setelah video aksi pelajar-pelajarnya bersalaman dengan pengawal keselamatan telah tular di laman sosial. 

BACA: Kalau Kanak-Kanak Datang Beraya, Layan Mereka Baik-Baik..

Setiap pelajar bersalaman dahulu bersama pengawal keselamatan

Video tersebut telah pun dikongsi oleh Azwan Mahmin di laman Facebook miliknya. Lelaki itu tersentuh apabila melihat budaya yang telah diterapkan pada pelajar sekolah berkenaan. Para pelajar yang tiba di hadapan pagar dilihat bersalaman terlebih dahulu dengan seorang pengawal keselamatan sebelum meneruskan perjalanan  ke kelas masing-masing. 

Tahniah pada semua kakitangan sekolah dan ibu bapa 

Sekolah berkenaan dipuji kerana telah berjaya menerapkan nilai-nilai murni untuk tunduk hormat pada semua golongan tanpa mengira pangkat mahupun umur. Budaya yang telah diamalkan di sekolah berkenaan merupakan satu didikan moral yang terbaik buat para pelajar. 

Gambar Sekadar Hiasan

Terbaik.. Lama-lama jadi kebiasaan

Video yang telah dimuat naik telah mendapat jumlah tontonan lebih 97,000 kali. Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan usaha sekolah berkenaan menjadikan bersalaman sebagai rutin harian. Bagi mereka, rutin itu juga secara tidak langsung akan dipraktikkan di luar kawasan sekolah kelak. 

 

Sumber: Facebook Azwan Mahmin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?