[VIDEO] Sampai Banyak Mesej Tersirat, Gandingan Ajak, Ropie & PakYa Lawak Habis

Selepas kumpulan ‘Shiro’ dinobatkan selaku juara tahun lepas, kehangatan pentas Maharaja Lawak Mega kembali membara pada tahun ini. Selain menampilkan wajah hos baru seperti Lisa Surihani, Johan Rajalawak dan Inul selaku juri tetap, menariknya seramai 14 peserta solo serta berkumpulan yang terdiri dari 3 negara dijangka bersaing sengit bermula Jumaat lepas bagi merebut gelaran pemenang musim kali ini.

BACA: [VIDEO] Gelagat & Komen Spontan 2 Juri Wanita GV 2019 Ini Memang Lawak Habis

Trio pelawak ‘otai’ & muda curi tumpuan

Selain pembabitan Azlee Senario dalam kumpulan ‘Stone’, keserasian yang ditampilkan oleh pelawak senior Ropie dan PakYa bersama Ajak Shiro menerusi kumpulan ‘Rare’ nyata paling mencuri tumpuan pada persembahan minggu pertama program realiti ini yang bertemakan konsep bebas. 

“Salah kah aku sokong dengan harapan dia berubah?”

Tatkala rata-rata ibu bapa teruja dengar perkhabaran bahawa permohononan anak mereka ke universiti berjaya, namun lain pula pendekatan yang dibawa oleh kumpulan ini. Sebaliknya sketsa mereka mengetengahkan sikap si bapa yang lebih teruja apabila salah seorang daripada 2 anaknya mendapat tawaran ke pusat pemulihan.

Terbaik punya sindiran…lawak ada isi

Ternyata percaturan ‘unik dan fresh‘ tersebut membuahkan hasil apabila trio ini mendapat markah ‘5 Ha’ daripada juri selain trending nombor 1 di laman YouTube sejak Sabtu. Netizen pula memberikan pelbagai reaksi positif dan rata-rata mereka menyifatkan persembahan tersebut sarat dengan mesej yang cukup padu.

Sumber: YouTube Official Ria X

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?