[VIDEO] Sampai Hentak Stereng, Lelaki Teruja Bila Cerita Pasal Girlfriend

Bercinta ini sememangnya perkara yang indah. Tidak kira lelaki atau perempuan, kalau sudah terlalu sayang mesti kita akan selalu bercerita tentang mereka kan? Mereka yang tidak bersikap sembunyi-sembunyi pasal partner ini boleh dikatakan jujur dan setia. Lebih-lebih lagi teman lelaki yang tidak segan untuk bercerita tentang keistimewaan teman wanitanya dengan rakan-rakan lain.

BACA: Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Teruja cerita pasal girlfriend

Posting yang dikongsikan pengguna Twitter dikenali sebagai @khairin_qistina ini telah berjaya meraih lebih dari 27 ribu retweets setakat ini. Video dirakamkannya itu memaparkan gelagat dua orang sahabat lelakinya yang terlalu teruja apabila menceritakan mengenai teman wanita masing-masing.

Advertisement

Sampai hentak stereng kereta

Berdasarkan video tersebut, kedua-dua lelaki itu kelihatan teruja bercerita mengenai girlfriend masing-masing. Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba menghentak stereng kereta kerana terlalu excited.

Aku pula tersengih-sengih tengok budak ni

Perkongsian yang dimuat naik pengguna Twitter itu telah menghiburkan hati netizen dan rata-rata mereka merasa reaksi diberikan dua lelaki tersebut sungguh comel. Ada juga yang memberitahu di ruangan komen mereka tersengih-sengih melihat video tersebut.

Advertisement

Sumber: Twitter khairin_qistina

Apa Komen Anda?