[VIDEO] Sanggup Buat Surprise Demi Menantu, Ragam Sweet Mentua Ini Jadi Viral!

Sebaik sahaja mendirikan rumah tangga, kehidupan seseorang itu akan berubah kerana sudah mempunyai dua keluarga pula. Walaupun rata-rata masyarakat kita pada masa kini dimomokkan dengan kisah mentua yang bersikap dingin terhadap menantu masing-masing, namun realitinya perkara itu bergantung pada penerimaan setiap individu. Hal ini kerana masih wujud sahaja golongan mentua yang bersikap sebaliknya seperti yang ditonjolkan dalam video yang sedang tular di laman Twitter baru-baru ini.

BACA: “Jom Jadi Madu Saya!” – Wanita Kongsi Detik Manis Hadiahkan Madu Buat Suaminya

Menurut pengguna Twitter yang bernama Nasriq ini, dia berkongsikan detik apabila ibunya mahu membuat kejutan terhadap kakak iparnya yang bakal tiba. Wanita itu malah siap berdiri di balik sebuah pintu sambil memegang sebuah kek yang dibuat sendiri demi meraikan ulangtahun perkahwinan menantu bersama anaknya pada hari tersebut.

Mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua mentua memang satu anugerah. Saya pun berharap agar kita dapat keluarga ipar yang ‘ngam’ dengan kita. Lagipun tujuan perkahwinan memang untuk menyatukan 2 keluarga yang saling menyayangi kan?

Kalau mentua punya sporting macam ni…akan curahkan seluruh kasih sayanng untuk dia

Sejak dimuatnaik ke laman sosial itu pada malam tadi, video yang sangat menyentuh hati tersebut telah menjadi tular dengan mencapai lebih daripada 150 ribu jumlah tontonan setakat ini. Rata-rata netizen meluahkan betapa untungnya kakak ipar Nasriq kerana dikurniakan seorang ibu mentua yang sangat penyayang, kerana itu adalah impian semua orang sesudah berkahwin nanti. Pemuda ini turut mendoakan agar semua orang di luar sana diberikan kesempatan untuk merasai ‘rezeki’ seperti ini juga.

Sumber: Twitter nasriq_asari

Apa Komen Anda?