[VIDEO] Sarah Suhairi ‘Daebak’, Nyanyi Lagu Dangdut Depan Ribuan Penonton Korea

Sebut saja nama Sarah Suhairi, pasti ramai yang masih ingat persembahan sebuah lagu hit daripada kumpulan BlackPink tahun lalu. Tidak cukup dengan itu, gadis berusia 19 tahun ini turut menerima pelbagai pujian sewaktu berduet dengan juara Big Stage musim ke-2 iaitu Han-Byul. Sejak itu, kehadirannya selaku penyanyi bukan dikenali hanya di Malaysia sahaja. Terbaru, dia telah berpeluang menjejakkan kaki ke Korea Selatan sambil diiringi oleh YouTuber sensasi iaitu Blimey bagi rancangan terbaru mereka.

BACA: [FOTO] “Bahu Ada Roti Tisu Ke” – Busana AJL Sarah Suhairi Teruk Dibahan Netizen

Dapat undangan buat persembahan di festival Korea Selatan

Jika sebelum ini kecoh peristiwa mencuba hidangan makanan laut, kini rakaman Sarah Suhairi menyanyi di Busan pula telah mencuri perhatian ramai. Menerusi episod terbaru rancangan itu, dia telah diundang membuat persembahan secara langsung di Festival Jagalchi yang merupakan antara perayaan terbesar di sana.

View this post on Instagram

2nd Epd of #TrailToBusan with @blimeytoyou is finally out!!! @dasoulimey @blimeyjade @heyhey_rim link in my bio❤️

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on

Pertama kali nyanyi lagu dangdut…penonton ikut menari

Memandangkan kebanyakan hadirin di festival terbabit terdiri daripada golongan berusia, Sarah mengambil pilihan berani untuk menyampaikan lagu dangdut oleh Mas Idayu bagi persembahan sulungnya di sana. Walaupun awalnya para penonton kelihatan agak keliru, namun lama-kelamaan mereka semakin tertarik dengan persembahan artis muda ini termasuklah menari di sekitar kawasan itu. Difahamkan juga, lagu terbabit memiliki irama yang sama muzik trot iaitu salah satu genre muzik pop di Korea Selatan.

Sarah sangat berbakat & humble…Aurat pun still jaga ‘tip top’

Susulan aksi comelnya itu, rata-rata peminat meluahkan rasa bangga terhadap pelantun lagu ‘Nyawa & Raga’ ini. Bukan sahaja itu, penampilan selaku seorang MusIimah di atas pentas turut menjadi pujian kerana menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat di Korea Selatan. Keseluruhannya, rakaman video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu telah meraih lebih 150 ribu tontonan sejak semalam.

Sumber: IG sarahsuhairi & Twitter seketulcaca

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?