[VIDEO] “Saya Tak Nak Bercakap Dengan Sesiapa Sekarang..” – Aliff Aziz

Setelah didapati berskandal dengan 2 aktres, nama Aliff Aziz kembali hangat apabila dia dikatakan menjalinkan hubungan bersama gadis belasan tahun. Bengang dengan kejadian berulang kali ini, akhirnya Bella Astillah nekad untuk membawa diri dari lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, Bella dan Aliff juga masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang status sebenar rumah tangga mereka sekarang. Dalam pada itu, Aliff Aziz yang cuba ditemui oleh pihak wartawan sekan mengelak untuk bersua muka.

Baca : “Dengan Oktovia Pun Bukan Kali Kedua, Aliff Pernah Tarik Dia Ke Dinding…”

Ini adalah fasa terpahit dalam hidup saya…

Perkara tersebut dijelaskan menerusi laporan daripada MHE TV. Awalnya, pihak mereka ada menghubungi Aliff Aziz tapi gagal. Justeru, mereka cuba menjejaki lelaki tersebut di hotel yang menjadi ‘tempat berlindung’ bagi aktor dan penyanyi ini. Malangnya, Aliff Aziz enggan berjumpa dengan sesiapa buat masa ini dan menyatakan ini adalah fasa yang terpahit dalam hidupnya.

Menerusi sebuah screenshot perbualan WhatsApp pula, Aliff Aziz mengelak untuk memberikan respon tentang k0ntroversi yang melanda dirinya memandangkan dia juga baru habis menjalani satu proses rawatan. Ketika dilihat dalam lobi hotel berkenaan, kepalanya juga dalam keadaan berbalut. 

Aliff Aziz buka mulut…

Sumber : Youtube MHE TV

Apa Komen Anda?