[VIDEO] Sayang Lepaskan Anak, Air Mata Bapa Pengantin Tumpah Waktu Akad Nikah

Kasih si ibu membawa ke syurga, kasih ayah pula sepanjang masa. Begitulah yang boleh digambarkan tentang sifat penyayang seorang bapa yang kelihatan seperti berat ‘melepaskan’ anak perempuannya tatkala menjadi wali baru-baru ini. Video akad nikah antara Yasmin Sofia bt Abd. Aziz dan juga Mohamad Firdaus bin Jamil ini telah menjadi tular sehingga memperoleh lebih 100 ribu tontonan di laman Twitter sejak dimuat naik oleh pengantin perempuan sekitar 2 hari lalu.

BACA: Tangguh Nikah Sebab Bapa Pengantin Kritikal, Tapi Lepas Sehari Jadi Isteri..

Hanya Tuhan je tahu betapa tingginya sayang Along terhadap papa…

Papa jenis tegas & garang…tak sangka air mata dia tertumpah

Bercerita kepada pihak Erin Sakura, wanita berusia 27 tahun ini memaklumkan bahawa dia sendiri tidak menyangka bahawa detik itu akan terjadi. Namun Yasmin beranggapan bahawa bapanya gagal mengawal emosi kerana belum puas untuk mencurahkan kasih sayang terhadapnya selaku anak pertama daripada 3 beradik yang bakal mendirikan rumah tangga sendiri.

Sepanjang membesarkan kami, papa merupakan seorang lelaki yang sangat tegas, garang, dan jarang cakap depan-depan bahawa dia sayangkan kami. Pada hari tersebut, saya juga sudah tenang dan bersedia. Tapi bila pertuturannya mula tersekat-sekat, barulah perasan yang masa itu air matanya telah tertumpah. Masa itu saya pun ikut sebak sekali sebab papa memang jenis yang susah menangis depan orang.

Pernah bagi pesanan deep kepada suami…papa cuma nak yang terbaik untuk saya

Dedah Yasmin, sebelum ini dia juga amat mengagumi sisi protective yang dipamerkan oleh ayahnya, lebih-lebih lagi sewaktu perjumpaan pertama bersama bakal suaminya. Susulan itu, dia juga tersentuh apabila mengetahui lelaki bernama Abdul Aziz Jaafar ini cuma mahukan yang terbaik untuk anak-anak yang pernah diasuhnya.

Memandangkan jarak antara kami 3 beradik agak jauh, saya akui memang rapat & clingy dengan papa sejak kecil. Malah waktu pertama kali jumpa Firdaus sebelum merisik pun, papa pernah beri pesanan kepadanya. “Andai kata semua ni berjalan lancar, Uncle nak cakap satu perkara saja. Jika lepas kahwin kamu mungkin kurang suka dengan anak Uncle, pulangkanlah dia secara baik macam mana Uncle bagi dia dekat kamu.” 

Jangan pernah lupakan ibu bapa…walaupun dah dirikan rumah tangga

Jelas wanita itu, peristiwa berkenaan semetinya amat berharga dan membuatkannya berazam untuk menjaga mereka hingga ke akhir hayat. Walaupun dia memuat naik video itu atas niat sebagai kenangan untuk anak-anaknya pula kelak, namun Yasmin tidak menjangkakan bahawa ia menjadi viral dan mendapat perhatian meluas daripada rata-rata netizen.

Tak sangka ramai terkesan dengan video nikah tersebut, dan saya terharu dengan semua kiriman doa netizen untuk seisi keluarga kami. Buat bakal pengantin di luar sana, luangkanlah masa sebanyak mungkin dengan ibu bapa sebelum mendirikan rumah tangga. Mungkin lepas kahwin tempoh itu akan terhad sikit, tapi lazimkan melawat atau sekurang-kurangnya contact dan ambil tahu mengenai keadaan mereka. Untuk yang ibu bapanya telah kembali ke rahmatullah pula, titipkanlah doa buat mereka. Walaupun tidak berkesempatan untuk menyaksikan hari pernikahan anda, namun mereka pasti berbangga mengenainya.

Sumber: Twitter YasminSofea

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?