[VIDEO] “Sayang, tengok ni 0tak I panjang”- Shuib Layan ‘Giler’ Bini

Alangkah bahagianya mempunyai teman hidup yang saling melengkapi dan ‘sekepala’ dengan kita. Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat hubungan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Terdahulu, Shuib giat memuat naik video tentang motor ‘Ysuku’ kesayangannya yang dihias dengan corak bunga. Kini, giliran Siti Sarah pula memuat naik satu video di Instagram ‘mengusik’ pelakon komedi tersebut. Menariknya, cara Shuib yang reda melayani kerenah Sarah telah mendapat perhatian!

BACA: Isteri Bagi Hadiah Poligami, Shuib Ada Hati Nak Tumpang Nasib

Dalam video berkenaan, Siti Sarah telah membuat aksi ‘giler’ memakai penutup kepala dengan sanggul yang panjang di belakang. Sarah yang mungkin sekadar bergurau berkata kepada suaminya yang ‘otaknya’ semakin membesar dan panjang. Namun, tindakan Shuib yang datang dan membalas gurauan tersebut menjadikan suasana bertambah kelakar. 

“Sayang, tengok ni 0tak I panjang” – Siti Sarah

Di ruangan kapsyen, Siti Sarah meluahkan rasa terharunya kepada suaminya itu yang sentiasa melayan kerenahnya yang tidak masuk akal. Tambahnya, perkara itulah yang telah membuakkan rasa sayangnya kepada ahli kumpulan Sepahtu itu. 

“Senget laki bini”

Menerusi paparan itu, Shuib yang sangat sinonim dengan watak lucu telah membangkitkan lagi keseronokan dengan lawak-lawak ‘typical’ darinya seperti yang biasa kita lihat di televisyen. Jadi, tidak hairanlah jika ramai netizen dan rakan artis rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan pujian dan mentertawakan gelagat mereka berdua. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 250 ribu tontonan. 

Sumber: IG Siti Sarah

Apa Komen Anda?