[VIDEO] Sayu! Artis Lelaki Ini Kehilangan Anaknya Lepas 4 Hari Bergelar ‘Babah’

Setiap orang yang bakal bergelar ibu bapa, pastinya teruja menantikan kelahiran cahaya mata masing-masing.  Mana taknya, kehadiran setiap zuriat boleh melengkapkan lagi rumah tangga yang terbina antara sepasang suami isteri. Namun begitu, penyanyi Azizul Haqim kini hanya mampu akur dengan takdir yang direncanakan ke atas keluarganya apabila telah kehilangan anak sulungnya selepas 4 hari dilahirkan.

BACA: Kasih Ibu Sampai Tutup Mata, Sempat ‘Campak’ Anak Sebelum Nahas Bertembung Lori

Terima kasih Allah atas pinjaman berharga ini…walau 4 hari sahaja

Menerusi beberapa status yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya, pemenang kategori Irama Malaysia menerusi program 3 Juara terbitan TV3 ini berkongsi luahan sayu terhadap kehilangan bayi perempuannya itu. Meskipun tidak dapat meluangkan banyak masa bersama, namun dia dan isteri redha dengan pemergian tersebut.

Sungguh mummy & babah rindu…tak sabar jumpa adik kat syurga nanti

Maklum penyanyi berusia 31 tahun ini lagi, anak syurga yang diberi nama Aulia Irdina itu terkena jangkitan kuman di bahagian paru-parunya selepas beberapa jam dilahirkan pada 3 Oktober 2019. Selepas bermacam rawatan dilakukan sepanjang ditempatkan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), bayi tersebut bagaimanapun telah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu. 

View this post on Instagram

Alfatihah buat anak syurga mummy dan babah ni yang cantik ni.. Adik sentiasa hidup dalam hati mummy dan babah Aulia Irdina Binti Azizzul Haqim nama adik.. Adik lahir sihat, cantik, sempurna sebagai seorang srikandi islam.. Allah uji ami n babah bila dr maklumkan adik ada jangkitan kuman di paru2 beberapa jam selepas adik lahir.. dan adik hebat n kuat sgt bertarung nyawa beberapa hari di nicu.. sampai Takdir Allah berkata adik akan hidup di taman syurgaNya terlebih dahulu.. Sungguh mummy dan babah rindu.. tapi mummy dan babah selalu redha & tak sabar jumpa adik kt syurga nanti.. terima kasih sebab adik ajar mummy dan babah erti kuat, sabar, tabah, redha dan erti sebenar syukur.. syg dan cinta adik selalu.. -mummy & babah- ❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by | AZIZUL HAQIM | (@azizulhaqim_official) on

Adik ajar mummy & babah erti sebenar syukur..

Dalam pada itu, Juara Bintang Klasik Nasional 2009 ini turut menganggap peristiwa berikut sebagai ujian diberikan Allah agar lebih kuat, sabar, tabah, redha dan syukur dalam hidup. Dia juga memaklumkan bahawa perasaan sayang dan cinta terhadap zuriat pertamanya ini takkan pernah pudar.

Sumber: IG azizulhaqim_official & mStar

Apa Komen Anda?