[VIDEO] Sebak, Bakal Mertua Kucup Tangan Gadis Lepas Sarung Cincin Pertunangan

Mengikat tali pertunangan merupakan simbolik seseorang jejaka telah menyunting hati wanita yang diidamkannya. Selain dianggap sebagai tempoh mengenali hati budi masing-masing dengan rapat, pertunangan juga merupakan satu fasa di mana partner itu bersedia melangkah ke alam rumah tangga. Di samping itu, kebahagiaan bukan sekadar memiliki hati partner namun mempunyai bakal mertua yang baik serta penyanyang juga merupakan satu rezeki.

BACA :Β Batal Kahwin Sebab Lelaki Lain, Pemuda Berjaya Saman Bekas Tunang Lepas 3 Tahun

Teruja sampai bakal mertua pun kucup tangan

Tular satu rakaman video di media sosial berkenaan sebuah majlis pertunangan, memaparkan wajah gembira seorang ibu menyarungkan cincin di jari manis pilihan hati anaknya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat keterujaan si ibu berkenaan yang secara spontannya mengucup tangan gadis pilihan anak terunanya.

Advertisement

Advertisement

Dari hati lahirnya rasa cinta & dari cinta terzahirnya kasih

Posting yang dimuat naik seorang pemuda bernama Salmann Adnan di laman Instagramnya ternyata mendapat perhatian ramai ekoran reaksi spontan ibunya. Dalam pada itu, jelas terlihat kegembiraan di wajah ibu lelaki berkenaan menerima pilihan hatinya, Syahamimi Shahri.

Advertisement

Sukanya…saling meraikan antara satu sama lain

Menjengah ke ruang komen pula, posting tersebut menerima respons positif daripada netizen sehingga meraih lebih 45 ribu tanda suka. Rata-rata mereka meluahkan rasa terharu atas penerimaan bakal ibu mertua itu, selain turut memuji keikhlasan wanita berkenaan. Ada antara mereka sempat menitipkan doa agar dikurniakan keluarga mertua yang baik.

Sumber : Instagram Salmannadnan, Facebook Viral Media Johor

Advertisement

Apa Komen Anda?