[VIDEO] “Sebelum Operation Anak Celik Mata, Tapi Bila Pulangkan Balik Dia Kaku”

Sekiranya cinta ibu itu dizahirkan dengan air mata, maka kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa pula adalah menerusi air peluhnya. Itulah gambaran yang paling sesuai buat pelawak Ali Puteh buat masa ini. Meskipun ramai sudah sedia maklum bahawa anak bongsunya iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah baru sahaja menjalani rawatan akibat masalah injap jantung terbalik pada minggu lepas, namun dia tetap meneruskan perjuangan di pentas program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

BACA: [VIDEO] Walaupun Disakat Dalam Pantun, Lisa Surihani Puji Aksi Lawak ‘Puteh’

Adik Ainul…Walid dapat 5 ‘Ha’

Advertisement

Sebelum operation anak celik mata…tapi bila pulangkan balik dia kaku

Advertisement

Selepas tamat sesi rancangan hiburan tersebut, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan sempat mengulas tentang keadaan terkini keluarga. Antaranya adalah mereka akan menetap di sebuah rumah sewa berdekatan dengan H0spital Serdang. Hal ini memandangkan adik Ainul belum sedarkan diri lagi selepas operation tempoh hari selain memudahkan mereka untuk bergegas ke sana sekiranya ada sebarang perkara berlaku.

MLM punca rezeki & nak tutup mulut netizen daripada kecaman

Advertisement

Berkenaan persiapan menjelang minggu ke-3 MLM2019 baru-baru ini, Ali tidak menafikan bahawa dia menghadapi sedikit kesukaran. Namun berkat bantuan orang terdekat seperti rakan seperjuangan iaitu Mamak dan Man serta Abam Bocey telah sedikit sebanyak membantunya untuk menampilkan aksi terbaik. Selain merupakan sumber pendapatan utamanya buat masa kini, dia juga tidak mahu kumpulan Puteh menjadi bahan kecaman netizen seandainya mereka terselamat atas dasar ‘kasihan’. 

Paru-paru dia dah mula aktif…tapi masih sangat lemah

Advertisement

Terbaru menerusi perkongsian di IG miliknya semalam, pihak doktor telah memaklumkan bahawa jantung Ainul sudah mula untuk bernafas sendiri manakala paru-parunya sudah kembali aktif. Namun begitu, dia tetap perlu bergantung kepada bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan fizikalnya masih di bawah tahap stabil lagi.

Advertisement

Hebat Ali…dalam masa hiburkan rakyat Malaysia ada kesedihan dalam diri

Susulan daripada sesi temu bual berikut, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa buat pelawak berusia 30 tahun ini serta anak perempuannya yang sedang kritikal. Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa terharu dan terinspirasi dengan usaha pengorbanan yang sanggup dibuat oleh Ali Puteh demi menjana wang bagi tujuan tersebut.

Advertisement

Sumber: YouTube F8Buzz & IG aliputeh89

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?