[VIDEO] Selamba Buat Aksi Lentik Depan Kamera, Habis Riuh Gamat Dewan Konvo

Kehangatan musim konvokesyen diteruskan lagi minggu ini apabila giliran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pula mengambil tempat. Seperti biasa bermacam-macam lagat graduan yang terlibat dikongsi di media sosial. Ada cerita sedih, ada kisah kelakar serta ada yang memberi inspirasi. Tidak terkecuali juga, rakaman mengenai gelagal lucu seorang graduan ini yang telah mencuri tumpuan apabila lensa kamera menghadap ke arahnya. 

BACA: Budaya Konvo Peringkat Tadika dan Sekolah Rendah Tambah Beban Ibu Bapa

Siap goyang-goyang bahu lagi

Advertisement

Video yang dimuat naik oleh graduan bernama Rahimie Ramli itu tular di laman Twitter. Tatkala rakan-rakan yang lain sedang fokus dengan majlis yang sedang berlangsung, lelaki tersebut melakukan aksi yang agak ‘gedik’ ketika kamera dihalakan ke arahnya. Gelagatnya selambanya itu telah menyebabkan dewan konvokesyen tersebut riuh dengan tawa para graduan.

Ada yang dilihat terpinga-pinga

Ada juga antara mereka yang tidak perasan akan aksi tersebut dilihat terpinga-pinga apabila mendengar rakan yang lain ketawa. Walau bagaimanapun, pemuda tersebut berjaya mengawal semula riak wajah serta bahasa tubuhnya seperti tiada apa yang berlaku sambil tersengih.

Advertisement

Dah diberi spotlight jangan dipersia

Video yang telah dikongsi itu telah mendapat jumlah tontonan hampir 100,000 kali beserta 6,700 retweet. Rata-rata netizen mengakui terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan. Malah ada juga yang sempat berkongsi melakukan perbuatan yang sama sewaktu hari konvokesyen mereka di samping mengucapkan tahniah kepadanya.

Advertisement

Sumber: Twitter Rahimie Ramli

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?