Viral

[VIDEO] “Seminggu Trauma..” – Terlatah Sampai Nyaris Usik ‘Aset’ Maskot Bear

[VIDEO] “Seminggu Trauma..” – Terlatah Sampai Nyaris Usik ‘Aset’ Maskot Bear

Sharing is caring!

Zaman sekarang ini, terdapat bermacam konsep hiburan yang boleh dibuat untuk meriahkan lagi sesebuah majlis. Jika dahulu kenduri kahwin diselangi dengan sesi karaoke, kini maskot watak animasi yang comel juga sering dapat permintaan tinggi kerana menghiburkan ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak.

BACA: Gadis Tak Keruan ‘Diusik’ Maskot Mickey – “Tangan Dia Tak Nak Lepas Pinggang”

Tak pasal-pasal maskot bear kena ‘cabul’

Baru-baru ini, video memaparkan gelagat seorang mak cik yang teruja kerana bersama maskot beruang di sebuah kenduri telah mencuri perhatian ramai. Pada awalnya dia dilihat memeluk rapat watak animasi comel tersebut bagi tujuan bergambar. Namun selepas diusik oleh beberapa individu di sekelilingnya, wanita berkenaan dilihat seolah melatah sebelum mengusik bahagian bawah perut maskot terbabit hingga menyebabkan dia mengundur beberapa langkah.


@daknoor256

Hahahaha… Bebear di cabul 😅🤣#askg😘 #daknoor #noor25 #hagtt #yb_melaka #team💚💚💚

♬ Hahaha – VA

Dalam maskot tu anak saudara dia…dah jaga sejak kecil

Menerusi penjelasan yang dibuat, sebenarnya individu di sebalik maskot tersebut merupakan anak saudara mak cik berkenaan. Mereka malah dilihat sempat bergurau mesra sebelum itu memandangkan telah rapat sejak sekian lama lagi. Namun tindakan spontan yang dilihat dalam video pertama tadi memang tak disengajakan sama sekali.

@daknoor256

#askg😘 #daknoor #noor25 #hagtt #yb_melaka #team💚💚💚

♬ bunyi asal – Dak_Noor🤪 – Dak_Noor🤪

Seminggu tak pakai kostum tu sebab trauma…mak cik tu melatah, kesian dia

Siapa sangka gelagat lucu itu telah meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok. Selain berseloroh tentang reaksi pemakai maskot beruang tersebut, rata-rata netizen turut berharap supaya adegan itu tak disalah sangka. Hal ini kerana tindakan orang melatah memang tak boleh dijangka bagaimana.

[VIDEO] “Seminggu Trauma..” – Terlatah Sampai Nyaris Usik ‘Aset’ Maskot Bear


[VIDEO] “Seminggu Trauma..” – Terlatah Sampai Nyaris Usik ‘Aset’ Maskot Bear

[VIDEO] “Seminggu Trauma..” – Terlatah Sampai Nyaris Usik ‘Aset’ Maskot Bear

Sumber: TikTok daknoor256


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!