[VIDEO] ‘Sempoi’ Bawa Lagu Amy Search, Artis Luar Negara Tak Sangka Jadi Viral

Jikalau kita boleh menyanyikan lagu Bahasa Inggeris, Korea, Thailand dan sebagainya, pastinya orang dari luar negara juga boleh melakukan yang sama juga kan? Malah baru-baru ini penyanyi tersohor Korea Selatan iaitu Han Byul telah menawan juri dan peminat Malaysia dalam ‘Big Stage 2019’ sekali gus menjuarai program realiti tersebut. Semuanya bergantung kepada minat dan kemampuan untuk menyampaikan lirik lagu tersebut dengan betul.

BACA: [VIDEO] Sarah Suhairi ‘Daebak’, Nyanyi Lagu Dangdut Depan Ribuan Penonton Korea

Bawa seorang foreigner…pandai nyanyi lagu Melayu

Beberapa hari lalu, pemandu Grab yang dikenali sebagai Ismail Samuri telah berkesempatan untuk menumpangkan seorang lelaki bukan warganegara di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Menariknya, lelaki itu bukan sahaja mengakui bahawa pandai bercakap dalam Bahasa Melayu. Bahkan dia turut menyanyi lagu popular Amy Search yang bertajuk ‘Tiada Lagi’ dan detik itu sempat dirakam oleh Ismail.

Tak sangka viral…nantikan banyak lagi lagu tempatan daripada saya

Setelah meraih lebih 12 ribu retweets serta 160 ribu jumlah tontonan, video tersebut akhirnya mendapat perhatian individu yang bernama Chris Jacob ini. Rupa-rupanya dia adalah seorang artis kelahiran Romania yang selalu merantau ke bermacam-macam negara dan kini berada di Malaysia. Ujarnya di laman Twitter, Chris tidak menyangka bahawa klip video itu mendapat tumpuan ramai kerana menyanyi atas dasar suka-suka sahaja. Malah dia juga teruja untuk menyanyikan lebih banyak lagu tempatan pada masa akan datang.

Patutlah suara rock…orangnya pun handsome

Dalam pada itu, persembahan bersahaja Chris telah mendapat banyak reaksi positif dalam kalangan netizen di laman sosial tersebut. Selain memuji sebutan Bahasa Melayu dalam lagu tersebut cukup lancar, rata-rata mereka turut memuji pakej suara dan paras rupa yang dimiliki oleh artis luar negara ini.

Sumber: Twitter ismail_samuri & IG chrisjacobartist

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?