[VIDEO] “Semua Dakap Ayah Kau”- Detik Sebak Datang Kebumi Anak Di Bumi Maghribi

Pada awal November lalu, sempat tular di media sosial apabila seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Mohamed V Rabat, Maghribi sedang bertarung nyawa akibat menghidap leukemia. Penuntut berkenaan telah pun ditahan di Unit Rawatan Rapi sejak 3 November sebelum menghembuskan nafas terakhir beberapa hari lepas. Dua hari lalu, tular pula video bapanya yang datang ke negara tersebut untuk menguruskan urusan pengkebumiannya. 

BACA: Penghantaran Terakhir, Pelajar Tingkatan 4 Temui Ajal Ketika Cari Rezeki

Advertisement

Sebak apabila didakap orang ramai

Video berkenaan telah dimuat naik oleh seorang rakan kepada pelajar tersebut di laman Twitter. Ayah kepada Mohd Hafizuddin, iaitu Hazrul Abdullah telah datang ke negara tersebut bagi menyertai sesi pengurusan jasad buat kali terakhir serta proses pengkebumiannya. Malahan, suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila setiap orang yang datang menziarahi pusara itu dilihat mendakap erat lelaki tersebut seolah-olah memberi kekuatan kepadanya. 

Advertisement

Selamat dikebumikan di Maghribi

Jasad Allahyarham pada awalnya hendak dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Bintungan , Rembau, Negeri Sembilan. Namun atas beberapa faktor dan telah mendapat persetujuan keluarga, jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan Bel Abbas, Sale, Maghribi sambil diiringi ayahnya, rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang menetap di sana. 

Advertisement

Merupakan seorang remaja yang aktif bersukan

Menerusi artikel Harian Metro, pemergian pemuda tersebut nyata mengejutkan kerana dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum berangkat melanjutkan pelajaran di negara berkenaan awal tahun ini. Malah dirinya juga turut aktif bersukan selain hanya mengalami demam beberapa hari sebelum dimasukkan ke pusat perubatan. 

Advertisement

Sumber: Twitter Aishah , Facebook Harian Metro dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan

 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?