Family Viral

[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram

[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram

Sharing is caring!

Keletah comel anak-anak merupakan perkara yang paling disukai ramai. Mana tidaknya, reaksi mereka selalu sahaja mencuit hati sesiapa pun yang melihatnya. Dengan adanya bermacam-macam platform media sosial pada masa kini, ramai yang gemar berkongsi gelagat si manja tersebut di akaun milik masing-masing. Antara yang paling mencuri tumpuan pastilah gelagat ahli keluarga selebriti popular tanah air.

BACA: [VIDEO] Hairul Azreen Teruja Jumpa Pelakon ‘IP Man’, Siap Follow Di IG Lagi

Baru kena sergah sikit dah terkejut

Terbaharu, sebuah video yang memaparkan anak kepada pelakon terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Alisa Aisyah terkejut dan menangis apabila disergah ayahnya itu telah mencuri perhatian netizen. Reaksi kanak-kanak berusia 8 bulan itu dikatakan sungguh comel sekali. Setakat ini video itu telah meraih lebih dari 120 ribu tontonan.


View this post on Instagram

Like abang @theyusufiskandar 😂

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Kali kedua kena sergah terus menangis

Berdasarkan video tersebut, Alisa yang sedang meniarap itu mencapai sesuatu menggunakan tangannya lalu memasukkannya ke dalam mulut. Perbuatannya itu telah disergah Hairul dan membuatkan dia sungguh terkejut. Tidak lama selepas disergah itu, anak perempuan pelakon filem Paskal itu mengulangi perkara yang sama dan disergah kembali oleh ayahnya itu. Alisa yang terkejut itu terus membuat muka lalu menangis sebelum dipujuk.[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram

Sebijik macam Yusuf

Tak cukup dengan itu, gelagat spontan oleh Alisa juga dikatakan sama seperti abangnya, Yusuf Iskandar apabila turut pernah disergah sewaktu beberapa tahun lalu. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen akui berasa terhibur melihat rakaman berdurasi video 60 saat itu selain memuji reaksi Alisa sungguh comel sekali.


[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram

[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram [VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram[VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram

Sumber: Instagram thealisaaisyah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!