Viral

[VIDEO] Sering Elak Video Call, Pemuda Terduduk Girlfriend ‘LDR’ Rupanya Lelaki

[VIDEO] Sering Elak Video Call, Pemuda Terduduk Girlfriend ‘LDR’ Rupanya Lelaki

Lambakan laman cari jodoh serta aplikasi media sosial di internet hari ini sedikit sebanyak membantu individu yang masih belum bertemu teman hidup. Tak dinafikan, ada yang berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Tetapi risiko untuk ditipu ketika berkenalan secara online adalah tinggi. Demikianlah yang dilalui seorang pemuda di Indonesia ini apabila kisah cintanya tidak kesampaian.


BACA: [VIDEO] Konon Nak Sambut Birthday Boyfriend LDR, Akhirnya Kecewa Respons Hambar

Curiga bila ajak video call sering elak, cakap sibuk sangat

Menerusi perkongsian video di TikTok @ffdino_, lelaki berkenaan sedang menjalinkan hubungan jarak jauh dengan seseorang yang dikenalinya di sosial media. Hubungan mereka sangat baik sehinggalah suatu hari dia mula mencurigai sesuatu apabila ‘teman wanitanya’ itu enggan melakukan panggilan video selain sering memberi alasan sedang sibuk.

[VIDEO] Sering Elak Video Call, Pemuda Terduduk Girlfriend ‘LDR’ Rupanya Lelaki

‘Teman wanita’ mengaku cuma akaun palsu, rupanya identiti asal seorang lelaki

Tidak lama selepas itu, ‘gadis’ tersebut telah membuat pengakuan bahawa dirinya hanyalah sebuah akaun palsu. Pada mulanya, dia cuma berniat untuk membuat prank kepada individu lain namun lama kelamaan, siapa sangka terbit pula perasaan di antara kedua dua mereka. Disangka memiliki identiti perempuan, rupanya selama ini pemuda itu telah bercinta dengan seorang lelaki yang hanya menyamar.


@ffdino_

♬ original sound – its.rnmsdi – its.rnmsdi

Pemuda kecewa ditipu hidup-hidup selepas dengar pengakuan

Pada awalnya, agak sukar untuk dia percaya dengan pengakuan berkenaan. Namun, setelah lelaki tersebut mengaku atas perbuatannya, hatinya retak apabila menyedari diri telah ditipu hidup-hidup.


[VIDEO] Sering Elak Video Call, Pemuda Terduduk Girlfriend ‘LDR’ Rupanya Lelaki

 

Sumber: TikTok ffdino_

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Sering Elak Video Call, Pemuda Terduduk Girlfriend ‘LDR’ Rupanya Lelaki

Facebook

Telegram