Viral

[VIDEO] ‘Si Bulus’ Nakal & Kuat Merayap, Reaksi Bila Dibebel Tuan Cute Habis

[VIDEO] ‘Si Bulus’ Nakal & Kuat Merayap, Reaksi Bila Dibebel Tuan Cute Habis

Sharing is caring!

Dianggap seperti besarkan ‘anak sendiri’, para pencinta kucing pastinya tak kisah untuk berbelanja wang demi memastikan kebajikan ‘si bulus’ masing-masing terjaga. Dari segi makanan ataupun soal keselamatan, semuanya akan dipastikan agar haiwan dipelihara dapat kehidupan yang selesa dan sempurna. Secara semula jadinya mereka memang bersifat nakal, maka tak hairanlah kalau ada pemilik yang membebel gara-gara tindakan tersebut.

BACA: [VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

Kucing kena bebel merayap pergi rumah orang…takut dilarikan orang atau bunting banyak kali

Samalah seperti perkongsian video oleh pengguna Facebook bernama Sukor Amzah ini. Memandangkan 2 ekor kucing peliharaannya selalu bekeliaran di rumah orang lain, pemilik ini berleter dalam nada marah kerana khuatir ‘si meow’  berikut akan dilarikan orang lain memandangkan penampilan agak menarik. Dalam pada itu, dia turut mengeluh tak mahu mereka balik dalam keadaan bunting lagi kerana menguruskan anak kucing bukan mudah.


Tujuh nyawa nak dijaga…yang dalam perut mmy sorang lagi nak kluar…Kulu keliorr..mana tak kena bebel.. tq for sharing my video credit: Sukor Hamzah

Posted by Sukor Hamzah on Monday, September 14, 2020

Muka semua reda faham daddy cakap…kalau tak nak bunting sunat la anak dara ni

Bagaimanapun, reaksi dua ekor kucing comel tersebut yang tekun mendengar segala teguran itu telah buat ramai netizen terhibur. Malah mereka turut menyarankan lelaki ini agar memandulkan haiwan peliharaannya jika tak mahu beranak lagi. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih hampir 3 ribu perkongsian setakat ini.

[VIDEO] ‘Si Bulus’ Nakal & Kuat Merayap, Reaksi Bila Dibebel Tuan Cute Habis

[VIDEO] ‘Si Bulus’ Nakal & Kuat Merayap, Reaksi Bila Dibebel Tuan Cute Habis


[VIDEO] ‘Si Bulus’ Nakal & Kuat Merayap, Reaksi Bila Dibebel Tuan Cute Habis

Sumber: FB Sukor Hamzah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini