[VIDEO] Siap Main Gitar Nyanyi Lagu Donde, Tapi Rambut Anas Pulak Jadi Tumpuan!

Lama kita tidak mendengar perkembangan si comel ini. Kali pertama dia viral kerana video dia menyamar jadi kucing yang duduk dalam sangkar. Selepas itu, nama adik comel ini semakin dikenali malah ayahnya juga sering memuat naik video gelagatnya di media sosial. Terbaharu, adik Fattah Anas telah sekali lagi tampil menghiburkan hati ramai dengan nyanyian lagu beserta petikan gitar yang agak lucu!

BACA: [VIDEO] Nakal Dia Lain Macam – Ramai Terhibur Bila Matyip Nak Minum Susu Sam

Video yang dirakam oleh ayahnya itu memaparkan Anas sedang syok menyanyi lagu yang sedang menjadi siulan ramai, ‘Donde’. Ternyata dia seakan betul-betul ‘feel’ dengan lagu tersebut. Rata-ratanya terhibur dengan aksi ‘tak bersalah’ daripada si kecil ini. Dah la begitu, pelat pula tu bunyinya.

Minat main gitar

Tambah ayahnya di bahagian kapsyen, Anas memang minat bermain gitar sejak kecil, cuma tiada siapa yang boleh ajarkan kepadanya. Selain itu, dia juga sempat memberitahu tentang fesyen rambut Anas yang tampak aneh. Katanya, potongan rambut sebegitu adalah kejadian yang tidak disengajakan. 

“Rambut tu..”

Video yang telah tular sejak beberapa jam yang lalu ini telah mendapat perhatian ramai pengikut dan warga Instagram. Rata-ratanya membanjiri ruangan komen kerana kelucuan kanak-kanak lelaki ini menyanyikan lagu popular tersebut dengan pelat. Tambahan lagi, potongan rambut terbarunya juga menimbulkan kelucuan. Video itu telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan lebih 20 ribu sukaan di Instagram. 

Sumber: IG Fattahanas_boyyeah

Apa Komen Anda?