[VIDEO] Siap Menari, Aksi Graduan Kebudayaan Raih Skrol Gamatkan Majlis Konvo!

Seperti yang diketahui ramai, konvokesyen merupakan majlis kemuncak yang diadakan oleh setiap kolej atau universiti bagi meraikan para graduan. Semasa detik itulah mereka dapat menghadiahkan senyuman berserta segulung ijazah buat ahli keluarga dan kenalan yang sering memberi sokongan semasa ‘jatuh naik’ sebagai seorang pelajar. Seperti kebanyakan universiti di Malaysia, istiadat tersebut diadakan dengan protokol formal dan penuh adat. Tapi gelagat yang ditampilkan oleh beberapa pelajar Universiti Malaya ini nyata sangat unik.

BACA: “Mentang-Mentang Aku Student Kulinari, Tengok Diorang Bagi Apa Konvo Tadi..”

Bila graduan kebudayaan ambil skrol..

Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter baru-baru ini, aksi beberapa pelajar yang sempat membuka langkah tarian sebelum menerima skrol nyata mendapat perhatian daripada netizen. Menurut pengguna akaun bernama Izhar Fahmie ini, kesemua graduan yang dirakam menerusi lensa kameranya itu adalah para graduan dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sewaktu Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen yang berlangsung Isnin lalu.

Tetamu kehormat pun tak marah…siap rakam lagi

Difahamkan semua persembahan tarian ini adalah ‘adat resam’ pelajar fakulti berkenaan setiap kali tiba musim konvokesyen. Dapat diperhatikan juga para tetamu kehormat yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pensyarah universiti berkenaan tersenyum serta merakam gelagat para graduan ini. Malah seluruh dewan turut memberikan tepukan gemuruh kepada mereka.

Menarik gila! Sanggup duduk lama-lama tengok diorang grad

Susulan itu, rata-rata netizen turut menunjukkan reaksi teruja menyaksikan ragam kesemua graduan di atas pentas konvokesyen kali ini. Meskipun tampak sangat menarik, namun menurut mereka aksi sebegini dilarang sama sekali di beberapa institusi pengajian. Keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih 10 ribu retweets dan 150 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Sumber: Twitter izharfahmie & FB University Of Malaya

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?