[VIDEO] Sikit Lagi Sampai Hujung, Moment Tersangkut Gelongsor Ini Lawak Habis

Menjelang sahaja musim cuti sekolah atau cuti semester institusi pengajian masing-masing, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai adalah kawasan rekreasi seperti taman tema air. Selain sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan umur masyarakat, terdapat juga bermacam-macam aktiviti serta permainan menarik yang boleh dicuba oleh para pengunjung khususnya golongan kanak-kanak dan remaja.

BACA: [VIDEO] Dah Tua Pun Nak Main Kahwin Lagi, Gelagat Student Undang Tawa Netizen

Gambar sekadar hiasan

Turun gelongsor bukan main laju dah..

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai situasi yang tidak terduga berlaku ke atas dua orang wanita ini tatkala mereka sedang berseronok bermain di sebuah gelongsor yang terdapat di taman tema air tersebut. Awalnya mereka dilihat meluncur pada kelajuan yang agak tinggi sewaktu menuruni gelongsor terbabit. 

Pecah perut ketawa bila struggle nak turun balik

Namun siapa dapat menyangka, tiub pelampung yang mereka naiki itu bagaimanapun telah tersekat di bahagian hujung gelongsor tersebut semasa menghala ke arah atas. Moment yang jarang berlaku itu nyata membuatkan para pengunjung yang berada di sana pecah perut ketawa, lebih-lebih lagi apabila melihatkan usaha kedua-duanya sedang cuba turun semula dari posisi yang sangat janggal.

Bukan main lagi jerit…tapi kalau kena macam ni malu teruk

Paparan yang sempat dirakam oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Shaz ini nyata telah membuatkan ramai netizen terhibur dan meraih lebih 220 ribu jumlah tontonan setakat ini. Selain seronok menyaksikan ragam berkenaan, mereka turut menyatakan rasa malu sekiranya berada dalam situasi terbabit.

Sumber: Twitter ShazrielYusoff

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?