[VIDEO] “So Cute!” – Ramai Tak Boleh ‘Move On’ Gelagat Manja Ella Di ABPBH 32

Walaupun telah melabuhkan tirainya pada beberapa hari yang lalu, namun penangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 nyata masih lagi dirasai setiap penontonnya. Selain teruja dengan para selebriti yang berjaya membawa balik trofi kemenangan pada malam Ahad lepas, nyata terdapat bermacam detik yang tidak dapat dilupakan berlaku sepanjang penganjuran acara berprestij terbabit. 

BACA: “Ingatkan Penyamar, Sekali..” – Persembahan Ella & ‘Bina2 Malaysia’ Padu Habis!

View this post on Instagram

Sukses dan tahniah sekali lagi buat barisan pemenang #abpbh32

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on

Antara moment yang membuatkan ramai terhibur adalah gelagat Ella Aminuddin sewaktu penyampaian anugerah Pelakon TV Wanita dan Lelaki Popular bersama-sama dengan Datuk Alha Alfa serta Zara Zya. Mana taknya, penyanyi rock tersohor ini pasti akan berasa sangat teruja setiap kali nama pemenang diumum.

View this post on Instagram

Pelakon TV Lelaki Popular @alhaalfa #abpbh32 @syafiqkylez

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on

Kak Ella memang manja orangnya…itu bukan dibuat-buat

Dalam paparan berikut, Ella sempat menyatakan bahawa dia adalah peminat Syafiq Kyle sebelum keputusan diberitahu kepada semua hadirin. Malah gara-gara teruja dengan perkara itu, dia juga kelihatan malu dan meletakkan tangan ke atas bahu penaja utama program tersebut. Rata-rata netizen turut menyifatkan aksi spontannya semasa di atas pentas tempoh hari sebagai amat comel menerusi halaman Instagram ABPBH 32.

Video penuh sesi penyampaian anugerah Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa

Sumber: YouTube TV9MALAYSIA Official, IG abpbh_32 & majalahremaja

Apa Komen Anda?