Viral

[VIDEO] “Sorang Sekor”-Geng Moto Atas Highway Pakat Angkut Patung ‘Penyu Ganu’

[VIDEO] “Sorang Sekor”-Geng Moto Atas Highway Pakat Angkut Patung ‘Penyu Ganu’

Sharing is caring!

Sebut sahaja tentang pusat pendaratan penyu, pastinya Terengganu akan terlintas di fikiran masing-masing, kan? Bahkan haiwan itu seakan-akan sudah menjadi simbolik utama serta tarikan pelancong dari luar untuk bertandang ke negeri Pantai Timur berkenaan. Di kebanyakan gerai cenderahati pula, ramai peniaga akan menjual patung-patung penyu yang comel dengan pelbagai design menarik. Tidak melepaskan peluang, baru-baru ini sekumpulan ‘Mat Moto’ juga mengambil kesempatan memborong patung berkenaan.


BACA : [VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas Makan Balik

[VIDEO] “Sorang Sekor”-Geng Moto Atas Highway Pakat Angkut Patung ‘Penyu Ganu’
Gambar sekadar hiasan

Inilah punca utama penyu pupus di Terengganu…Ini perlu dibanteras

Melalui perkongsian daripada Zulkifli Che Noh di Facebooknya awal bulan ini, dia berjaya merakamkan satu ‘pemandangan’ yang begitu lucu. Berada di atas highway ketika itu, terdapat beberapa orang individu bermotosikal yang dilihat sakan berkonvoi sambil membawa patung penyu di tempat duduk pembonceng.


Beli untuk aweklah tu…Apa awek nak mesti belikan

Ibarat seorang wartawan yang sedang melaporkan berita secara langsung di televisyen, dia mula mengulas situasi tersebut dengan ayat-ayat lucu. Dengan nada berseloroh, Zulkifli juga menyifatkan perbuatan mereka ‘membawa pulang’ penyu itu akan menimbulkan masalah kepupusan selain berharap ia boleh dibanteras sepenuhnya. Sejak dikongsikan, rakaman itu telah viral sehingga meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan. Bukan sahaja terhibur dengan suara si perakam, malahan netizen turut beranggapan patung penyu itu mungkin bakal menjadi hadiah buat orang tersayang mereka semua.


[VIDEO] “Sorang Sekor”-Geng Moto Atas Highway Pakat Angkut Patung ‘Penyu Ganu’

[VIDEO] “Sorang Sekor”-Geng Moto Atas Highway Pakat Angkut Patung ‘Penyu Ganu’

[VIDEO] “Sorang Sekor”-Geng Moto Atas Highway Pakat Angkut Patung ‘Penyu Ganu’

 

Sumber : Facebook Zulkifli Che Noh

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini